Lima Cara Selamatkan Komputer Daripada Virus WannaCry

Diterbitkan: Selasa, 16 Mei 2017 1:48 PM

Setakat ini, lebih 150 negara mengalami serangan siber yang digelar virus WannaCry. - Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

BARU-BARU ini dunia dikejutkan dengan serangan virus siber bernama WannaCry yang menjejaskan data milik pengguna dan paling menggerunkan virus itu digunakan untuk memeras ugut mereka.

Menurut laporan portal berita India Today, India merupakan negara yang paling teruk diserang oleh virus itu.

Selain itu, antara negara lain yang turut diserang virus tersebut ialah United Kingdom, Rusia, China dan yang terkini The Star melaporkan dua syarikat tempatan turut mengalami nasib yang sama.

Menurut portal berita Mail Online, terdapat lima langkah awal yang disarankan oleh pakar untuk anda mengelak daripada terkena serangan ini:

1. Pastikan anda membuat salinan sandar atau 'backup'

Lebih selamat jika anda membuat beberapa salinan sandar pada perkhidmatan penyimpanan awan dan pemacu cakera dengan kerap.

2. Kemaskini sistem

Kemaskini perisian yang terkini akan merendahkan risiko ancaman siber kerana pembangun perisian berkenaan sudah menyelesaikan gangguan atau virus yang menyerang sistem mereka.

3. Guna perisian anti virus

Perisian anti virus akan memberi pelindungan asas dengan mengimbas sistem anda untuk menentang virus-virus lazim.

4. Beri peringatan kepada rakan sekerja

Jika anda bekerja dalam sebuah organisasi, lebih baik jika anda menasihatkan rakan-rakan sekerja untuk tidak klik pada pautan yang mencurigakan.

5. Jangan tunggu dan lihat

Sesetengah organisasi memutuskan bekalan elektrik pada komputer syarikat sebagai langkah berjaga-jaga.

Tindakan ini sedikit sebanyak dapat mencegah serangan daripada menjadi lebih teruk.

Bagaimanapun, sekiranya anda menerima peras ugut daripada penggodam untuk mendapatkan kembali data yang telah hilang, pakar menasihatkan supaya jangan terfikir langsung untuk akur dengan permintaan tersebut.

Ini kerana tiada jaminan bahawa data anda boleh diselamatkan.

Tags / Kata Kunci: wannacry

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan