KPT Arah IPT Tangguh Semua Aktiviti Luar

Diterbitkan: Selasa, 16 Mei 2017 5:02 PM

Mary Yap (kanan) melawat pelajar UiTM Puncak Alam, Muhamad Haziq yang cedera dihempap pokok ketika mengikuti program perkhemahan di Janda Baik yang menggorbankan dua rakannya. 
fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengarahkan semua institusi pengajian tinggi di negara ini menangguhkan aktiviti luar mereka, berkuat kuasa serta-merta.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Mary Yap Kain Ching berkata kementerian memandang serius kemalangan yang mengorbankan dua penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam akibat dihempap pokok serta mencederakan enam yang lain, ketika mengikuti aktiviti luar, tiga hari lalu.

Katanya, kementerian akan melakukan siasatan dalaman selain menilai Prosedur Operasi Standard (SOP) pelaksanaan aktiviti seumpama itu.Dalam insiden itu, semua mangsa menjalani latihan ikhtiar hidup di Air Terjun Lata Charok, Janda Baik, Bentong, Pahang.

Mereka adalah antara 140 penuntut dan empat pensyarah yang mengikut program ''Ukhwah dan Pemantapan Jati Diri Pelajar Pendidikan Jasmani dan Kesihatan'' dari 12 hingga 14 Mei.

"Siasatan akan dijalankan dan saya tidak akan memberi sebarang komen tentang SOP sehingga kita memperoleh hasil siasatan.

"Saya tidak boleh komen berapa lama siasatan akan diambil. Beri kami masa. Saya cukup kecewa apabila menerima berita itu," katanya pada sidang akhbar selepas melawat Muhammad Haziq Radzuan, seorang daripada mangsa yang mengalami kecederaan dalam kejadian tersebut di sini, Selasa.

Pada masa sama, Yap berkata kementerian turut mengarahkan UiTM mengambil tindakan segera untuk menjaga kebajikan mahasiswa yang terlibat dengan memberi khidmat kaunseling dan bantuan yang diperlukan.

"UiTM juga akan mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak berkaitan seperti Jabatan Perhutanan dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar berkaitan dengan insiden ini," katanya.

Sementara itu, Pegawai Perubatan Jabatan Neurosurgeri Hospital Kuala Lumpur, Dr Paul Vijayandran berkata Muhammad Haziq telah melalui proses pemulihan yang baik dan tidak menghadapi sebarang komplikasi daripada pembedahan.

"Sekarang ini, pesakit sudah sedar dengan sepenuhnya dan kita akan membenarkannya pulang dalam masa sehari dua lagi," katanya.  - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: IPT , UiTM

iklan

Video

Jumaat, 26 Mei 2017 9:43 PM

"I Bukan Ambik Dadah... Dulu Yes!" - To'ki

Jumaat, 26 Mei 2017 4:30 PM

Sabhi Saddi Lepas Gian

Jumaat, 26 Mei 2017 3:00 PM

Anak Che Ta Pasang 'Bodyguard'

Jumaat, 26 Mei 2017 9:30 AM

#akuStar: Shaa - Pertama Kali

Khamis, 25 Mei 2017 5:27 PM

Mamat Si Buaya Tembaga Kesayangan Ramai

Khamis, 25 Mei 2017 4:48 PM

Apabila Ramli Sarip Buka Mulut

Khamis, 25 Mei 2017 12:52 PM

Shahz Jaszle Malu Jadi Gemuk

Khamis, 25 Mei 2017 9:00 AM

Kumpulan Masin Dah Berpecah?

Rabu, 24 Mei 2017 8:57 PM

Yuna Teruja Tercalon Anugerah BET

Rabu, 24 Mei 2017 3:00 PM

Sherry Ibrahim Merajuk?

Kolumnis

iklan

Iklan