Laluan Lebuh Victoria Jadi Sehala

Diterbitkan: Selasa, 16 Mei 2017 6:24 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Aliran lalu lintas dua hala di Lebuh Victoria di sini dan kawasan sekitarnya akan dijadikan sehala bermula 10 malam, Sabtu ini.

Menurut kenyataan Bahagian Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), langkah itu bertujuan melicinkan aliran lalu lintas serta mengurangkan konflik dan gangguan kepada lalu lintas di kawasan berkenaan.

"Sistem jalan sehala akan dilaksanakan secara percubaan selama tiga bulan. Jalan terlibat antaranya Lebuh Victoria, Gat Lebuh Armenian, Gat Lebuh Acheh dan Gat Lebuh Melayu," menurut kenyataan itu. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Lebuh Victoria

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan