Ransomware: SKMM Tingkat Sistem Keselamatan Siber

Diterbitkan: Selasa, 16 Mei 2017 10:31 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah bersiap sedia dan meningkatkan sistem pertahanan dan keselamatan siber negara susulan ancaman serangan siber Ransomware Wannacry yang melanda dunia sejak Jumaat.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata SKMM setakat ini belum menerima sebarang laporan rasmi mengenai serangan virus siber itu di negara ini walaupun beberapa media melaporkan mengenai serangan itu.

"Buat masa ini, kita belum lagi menerima lagi laporan ancaman namun kita dimaklumkan menerusi media, terdapat 10 laporan serangan tersebut di negara ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sepetang Mesra Bersama Karyawan Seni anjuran Lembaga Hasil Dalam Negeri dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Selasa.

Sebelum ini, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengesan ancaman serangan siber Ransomware Wannacry sedang berleluasa di seluruh dunia yang mana ia menyekat akses kepada data di dalam komputer yang dijangkitinya.

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab mengesahkan hanya satu laporan rasmi berhubung serangan itu diterima setakat ini, namun agensi itu percaya lebih banyak kes berlaku tetapi tidak dilaporkan kepada mereka.

Terdahulu dalam ucapannya, Salleh meminta LHDN, Finas dan persatuan membabitkan artis dan selebriti bekerjasama membantu golongan tersebut dalam menangani isu-isu berkaitan percukaian.

Beliau berkata ini bagi membolehkan golongan tersebut mendapat penjelasan dan maklumat lanjut berkaitan percukaian bagi mengelak sebarang masalah termasuk isu tidak membayar cukai.

"Perlu ada persefahaman. Tidak ramai yang tahu, industri hiburan ini berbeza, ada yang tidak mempunyai pendapatan tetap, ada yang menggunakan pendapatan untuk kebajikan, ada yang menggunakan pendapatan membeli pakaian dan sebagainya.

"Jadi saya fikir, seharusnya ada jalan penyelesaian antara kedua-dua pihak, janganlah terlalu ketat, elok ada fleksibiliti. Dialog seperti ini bagus dalam menyelesaikan permasalahan yang timbul," katanya.

Justeru, beliau mencadangkan agar karyawan dan penggiat seni diberi kelonggaran untuk pembayaran cukai memandangkan pendapatan golongan itu yang tidak tetap. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: SKMM , Ransomware Wannacry

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan