Abdul Hadi Selamat Jalani Pembedahan Jantung

Diterbitkan: Selasa, 16 Mei 2017 6:41 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjaya menjalani pembedahan penggantian injap jantung di Institut Jantung Negara (IJN), pagi Selasa.

IJN dalam satu kenyataan mengesahkan Abdul Hadi telah mengalami peningkatan simptom disebabkan oleh injap jantung yang bocor.

"Keadaan itu telah menjejaskan aktiviti harian beliau, maka doktor menasihatkan agar pembedahan injap jantung tersebut dilakukan.

"Pada masa ini, beliau dirawat di Unit Rawatan Rapi IJN di mana keadaan beliau akan dipantau untuk beberapa hari sebagai sebahagian daripada rutin bagi pembedahan jantung," demikian menurut kenyataan tersebut.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan dirinya akan memangku tugas-tugas Hadi Awang berikutan beliau menjalani rawatan berhubung masalah jantung yang dihadapi beliau.

Sementara itu, para doktor berasa gembira dengan prosedur yang berlangsung mengikut jangkaan dan setakat ini Abdul Hadi dalam keadaan stabil.

"48 jam yang akan datang adalah tempoh penting selepas pembedahan dan beliau akan berada di bawah pemerhatian rapi sepasukan doktor dan jururawat di unit rawatan rapi.

"Doktor turut menasihatkan supaya beliau tidak menerima pelawat (luar) kecuali daripada ahli keluarga terdekat," katanya.

Tags / Kata Kunci: Abdul Hadi Awang , PAS

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan