Bukit Aman Bakal Dirombak?

Diterbitkan: Isnin, 15 Mei 2017 1:53 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Rombakan secara besar-besaran dijangka berlaku di Bukit Aman susulan penahanan 16 anggora polis termasuk empat pegawai kanan berhubung siasatan sindiket dadah.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim selepas beliau mengesahkan bahawa anggota polis yang terlibat didapati memberi maklumat operasi pihak berkuasa kepada sindiket.

"Mana-mana anggota polis atau pegawai yang didapati bersekongkol dengan sindiket jenayah akan dihukum," kata beliau pada Isnin.

Antara pegawai polis yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 termasuk anggota berpangkat timbalan superitenden (DSP) dan seorang inspektor.

Anggota polis terlibat, ada di antaranya bertugas dalam Jabatan Narkotik, dipercayai melindungi sindiket jenayah atas kepentingan tertentu.

Pada 13 Mei lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tangkapan itu merupakan ialah sebahagian Operasi Kabaddi untuk menentang amalan korupsi dalam pasukan polis.

"Ya, saya mengesahkan kita memulakan satu operasi khas untuk membersihkan PDRM daripada penyangak polis.

“Saya sudah memberikan amaran yang polis tidak akan berkompromi dalam perjuangan menentang jenayah. Kita juga tidak akan melindungi sesiapa sahaja, termasuk orang kita sendiri,” kata beliau.


Tags / Kata Kunci: Bukit Aman , Noor Rashid Ibrahim

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan