'Kelahiran' Pasar Antik Di K.Lumpur

Diterbitkan: Isnin, 15 Mei 2017 2:45 PM

(Ubah saiz teks)

DALAM usaha untuk menarik lebih ramai pelancong, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengubah wajah pasar karat di Lorong Petaling dan menamakannya sebagai Pasar Antik.

Pengarah Eksekutif DBKL Datuk Ibrahim Yusoff berkata, sebuah persatuan yang diiktiraf oleh DBKL telah dilantik untuk memastikan para peniaga menjual barangan antik tulen dan mematuhi peraturan pihak berkuasa tempatan.

"Selama ini nama pasar karat itu sendiri telah menggambarkan maksud negatif.

"Jadi kami menukar namanya kepada Pasar Antik dan telah mengeluarkan 80 lesen perniagaan sementara kepada peniaga-peniaga di sana tahun lepas," katanya.

-foto THE STAR

Beliau menambah, peniaga-peniaga ini memenuhi 261 tapak dan lesen mereka sah untuk tempoh setengah tahun.

Ibrahim berkata DBKL masih dalam proses menyusun semula dan memperkemaskan semula saiz tapak.

"Lesen sementara akan dikaji semula setiap enam bulan dan kami akan bertemu mereka menjelang tamat tempoh untuk meneliti rekod mereka dalam mematuhi peraturan," jelas beliau.

Beliau berkata DBKL telah memberikan satu garis panduan kepada peniaga.

"Peniaga tidak dibenarkan mengambil pekerja asing atau menjual barang yang dicuri.

"Mereka perlu menjaga kebersihan tapak dan memastikan mereka tidak menghalang pintu belakang kedai-kedai di lorong tersebut," kata Ibrahim.

Ditanya sama ada jumlah peniaga yang diberikan lesen sementara akan ditingkatkan, beliau berkata jumlah itu akan dikekalkan.

"Kami mahu persatuan itu bertanggungjawab dan jika mereka dapat menguruskan peniaga dengan baik, kita boleh pertimbangkan untuk tambah bilangan lesen," katanya.

Ibrahim berkata DBKL akan memantau sambutan orang ramai terhadap pasar tersebut sebelum memikirkan sebarang langkah untuk melanjutkan tempoh lesen selama setahun.

Mengenai isu barang curi, beliau berkata DBKL sedar mengenainya dan berharap ia dapat diatasi apabila persatuan yang menguruskan para peniaga dilantik.

"Kami telah menerima aduan mengenai barang-barang yang dicuri, seperti kasut, yang dijual di pasar ini," katanya, sambil menambah DBKL akan bekerjasama dengan polis dan persatuan itu untuk memastikan tiada barang curi dijual di situ.

"Jika kita mendapat aduan daripada orang ramai atau laporan barang curi, tindakan akan diambil," beliau memberi jaminan.

Ibrahim berkata mengikut perancangan, pasar itu akan digabungkan ke jalan utama Petaling Street sebagai tarikan pelancong yang lebih besar.

"Kami akan berusaha menukar imej pasar karat kepada pasar lebih positif," katanya.

Selain itu perubahan fizikal di kawasan ini juga akan dilakukan.

"Kami akan menaik taraf infrastruktur seperti lampu, manakala mural telah dicat untuk mencantikkan lokasi.

"Kami mungkin akan minta peniaga menggunakan meja untuk mempamerkan barangan mereka, bukan hanya meletakannya di atas di atas tanah," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pasar Antik Lumpur Lorong Petaling Kuala Lumpur (KLLPPAA) Azahalim Suradi berkata persatuan itu telah bekerjasama dengan DBKL dan polis untuk memantau pasar berkenaan.

"Apabila memproses permohonan lesen, kami akan menyemak apa yang mereka jual dan jika kita mendapati ada barang yang mencurigakan, kita tidak akan mengemukakan permohonan kepada DBKL," katanya.

Beliau juga berkata persatuan itu telah menyelia pasar tersebut sejak menerima surat tawaran dari DBKL, September tahun lepas.

Apabila ditanya mengenai telefon bimbit terpakai yang dijual, Azahalim berkata KLLPPAA akan meminta resit daripada peniaga kerana kebanyakan mereka mendapatkannya dari Plaza Low Yat.

Beliau memberi jaminan bahawa pihaknya akan menyiasat sebarang aduan jualan barang curi.

Tags / Kata Kunci: DBKL , pasar karat , Pasar Antik

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan