Arul Kanda Kekal CEO 1MDB - Najib

Diterbitkan: Isnin, 15 Mei 2017 9:18 PM

Arul Kanda

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Arul Kanda akan terus kekal sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)  1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan akan turut terlibat dalam pembangunan ikonik Tun Razak Exchange (TRX), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Isnin.

“Saya yakin sepenuhnya terhadap beliau,” katanya.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata, Arul Kanda mempamerkan kepimpinan yang baik bagi keputusan rasionalisasi 1MDB dan beliau akan terus bersama syarikat itu.

Perdana Menteri berkata demikian kepada pemberita Malaysia pada hari terakhir Forum Jalur dan Laluan Untuk Kerjasama Antarabangsa selama dua hari di sini.

Sementara itu tanggungjawab bagi projek pembangunan Bandar Malaysia digalas oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.

“Namun, Tan Sri (Mohd) Irwan akan berbincang dengan Arul Kanda mengenai pembangunan masa depan Bandar Malaysia,” katanya.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Arul Kanda , 1MDB

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan