UiTM Tak Mohon Permit Masuk Hutan Simpan

Diterbitkan: Ahad, 14 Mei 2017 7:42 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiada permohonan dibuat oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) atau pihak penganjur bagi menjalankan aktiviti di Lata Charok, di mana insiden dua penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam maut dihempap pokok pada Sabtu.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata Lata Charok atau Air Terjun Ulu Tampik yang terletak dalam Kompartment 51, Hutan Simpan Lentang dan ia tidak diwartakan sebagai Kawasan Taman Eko Rimba.

"Saya ingin mengingatkan kepada semua pihak yang mahu melakukan sebarang aktiviti riadah atau sukan dalam hutan, mereka perlu mendapatkan permit dan memaklumkan kepada Pejabat Hutan terlebih dahulu," katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.

Dalam kejadian kira-kira 4 pagi Sabtu, dua pelajar UiTM Noorain Mohtar, 23, dan Muhammad Kamil Md Sukri, 22, maut dihempap pokok yang tumbang manakala enam lagi cedera, termasuk seorang yang parah ketika menjalani aktiviti perkhemahan di kawasan air terjun berkenaan.

Laporan menyatakan seramai 140 penuntut dan empat pensyarah terbabit dalam aktiviti itu.

Wan Junaidi berkata satu laporan polis telah dibuat dan pihaknya akan memberi kerjasama kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan insiden berkenaan.

"Semua pihak sama ada penganjur mahu pun orang perseorangan diharap mengambil iktibar daripada insiden itu dengan mematuhi segala peraturan dan keperluan yang ditetapkan," katanya.

Beliau turut menyampaikan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa yang terbabit. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: UiTM , permit

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan