Kaji Tambah Peruntukan Pampasan - Azalina

Diterbitkan: Ahad, 14 Mei 2017 12:04 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Malaysia sedang mempertimbang untuk menambah peruntukan berhubung pampasan kepada mangsa di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata, pada masa ini, mahkamah tidak diberi kuasa yang luas untuk menangani nasib mangsa-mangsa jenayah.

"Ini adalah sesuatu yang kita perlu mengambil kira. Di India dan United Kingdom, ganti rugi kepada mangsa adalah satu strategi untuk membantu mangsa dan keluarga. Penalisasi melalui hukuman  dengan memberi ganti rugi kepada mangsa ialah satu daripada strategi pencegahan.

"Kaunseling dan pemulihan perubatanan melibatkan kos yang tinggi.  Bukan sahaja kanak-kanak yang terlibat tetapi anggota keluaega juga terjejas daripada segi emosi," kata beliau selepas menghadiri upacara penutupan "Forum: Hard Talk: A-Z Children in Contact With the Law" di  Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (IKLAP) di Bangi, dekat sini Sabtu.

Azalina berkata ganti rugi kepada mangsa ialah satu daripada empat peruntukan tambahan yang dicadangkan bagi memperkasa dan memperkukuhkan Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak.

"Saya akan mencadangkan kepada kabinet minggu depan agar satu kajian dibuat bagi memasukkan peruntukan-peruntukan ini," katanya.

Selain pampasan kepada mangsa, Azalina berkata mahkamah khas untuk menangani jenayah seksual terhadap kanak-kanak, pelantikan peguambela atau peguam pemerhati bagi mangsa dalam kes-kes melibatkan kanak-kanak dan menyediakan khidmat bantuan kepada mangsa juga akan dimasukkan.

Beliau berkata mahkamah khas dijangka bermula pada Jun untuk  memastikan prosiding dan perbicaraan bagi jenayah seksual terhadap kanak-kanak berjalan lancar dan juga melindungi kanak-kanak secara holistik serta mempercepatkan prosiding perbicaraan.

"Penubuhan mahkamah khas ini masih tidak termaktub dalam undang-undang. Saya tidak mahu penubuhannya hanya dalam bentuk pentadbiran semata-mata," kata beliau.

Lebih 250 peserta termasuk pengamal undang-undang, hakim, pendakwa dan NGO menghadiri forum selama tiga itu. -  BERNAMA 

Tags / Kata Kunci: Azalina Othman Said

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan