'Abang' Ikut Jejak Atok

Diterbitkan: Ahad, 14 Mei 2017 3:01 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seekor kucing kampung yang dipanggil 'Abang' mati selepas menanggung rindu terhadap tuannya yang meninggal dunia dua minggu sebelum itu.

Berita kematian 'Abang' dikongsi seorang pengguna akaun Facebook, Azreen MJ iaitu anak kepada tuan kucing tersebut yang dikenali sebagai Atok.

Menurut Azreen, 'Abang' cukup terkesan dengan pemergian arwah bapanya yang amat rapat dengan kucing tersebut.

Malah, katanya, 'Abang' turut berubah karakter daripada seekor kucing yang manja dan lincah menjadi tidak aktif sejak kematian bapanya.

"Dia kini menjadi sekurus-kurus kucing. Makan pun tak mahu, hanya duduk termenung menanti kepulangan sahabatnya yang telah kembali ke rahmatullah," katanya.


Jelas Azreen, lebih menyentuh hati selepas hampir dua minggu diam, 'Abang' akhirnya mengiau setelah dia berkata mahu membawanya ke kubur Atok.

"Dengan kuasa Allah 'Abang' pun bersuara meow dua kali. Air mata aku usah cakap, bercucuran jatuh," katanya.

Azreen berkata sebaik tiba di kubur arwah bapanya, 'Abang' yang sebelum ini lemah kelihatan bertenaga dan seolah-olah sudah tahu pusara Atok.

"Satu keajaiban dalam hidupku, ia berjalan dengan tenaga yang ada menuju sendiri ke pusara sahabatnya.

"Ya Allah, sungguh menakjubkan kuasa Allah, walhal bukan dia tahu itu kubur tuannya, tapi dia tahu itulah pusara sahabat baik teman semakan dan ibadah," kata Azreen.


Beliau turut mengakui ikatan kasih sayang antara 'Abang' dan bapanya amat kuat selepas melihat kucing itu berbaring dan mencium pusara sahabatnya itu.

"'Abang' siap baring dan mencium puara sahabatnya. Lama juga dia melepaskan rindu. Nampak gembira dari air mukanya. Allahurobbi," katanya.

Namun, Azreen berkata pada malam hari yang sama, 'Abang' telah pergi genap dua minggu bapanya menemui sang pencipta.

"Mungkin ini janji mereka berdua yang Allah makburkan. Tenanglah kau disana 'Abang' bersama atok," katanya.

Status Azreen itu yang dimuatnaik pada 11 Mei lalu mendapat perkongsian sebanyak 12,902 kali dengan 16,000 like.

Tags / Kata Kunci: Abang , Atok , kucing kampung

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan