Ibu Tulis Memoir Sebelum 'Pergi'

Diterbitkan: Ahad, 14 Mei 2017 8:26 AM

Azlena sempat menulis memoir untuk dijadikan legasi buat anak lelakinya.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang ibu yang menghidapi penyakit yang jarang berlaku mengambil keputusan untuk menulis memoir untuk dijadikan kenangan oleh anak-anaknya.

"Buku ini akan menjadi sebuah legasi yang diharapkan dapat meninggalkan kenangan terhadap mereka yang pernah rapat dengan saya, terutamanya anak-anak," tulis  Azlena Abdul Hamid, 59, dalam buku berjudul 'The Shadow of Me'.

Azlena meninggal dunia ketika tidur pada pagi 1 September tahun lalu iaitu seminggu selepas dia menyiapkan buku itu.

Buku tersebut yang dikeluarkan pada minggu lalu menceritakan tentang Azlena dan keluarganya serta perjuangannya menentang penyakit ataxia, gangguan yang menyebabkan kehilangan fungsi motor.

Ataxia adalah penyakit neurologi yang sukar diubati dan disebabkan oleh kerosakan kepada sistem saraf otak serta kekurangan koordinasi bebas dalam pergerakan otot.

Azlena merupakan seorang daripada dua pesakit ataxia yang dikenal pasti di Malaysia, dia menulis tentang sisi berbeza dua anak lelakinya, Azzedin dan Aris Rusland.

"Ataxia membuka mata saya kepada banyak perkara. Antaranya, saya dapat melihat kasih sayang anak-anak terhadap saya.

"Saya mengambil masa untuk menyedari hal ini kerana saya sentiasa memberi kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada mereka," tulisnya.

Azzedin, 32, berasa bahawa buku tersebut adalah hadiah terakhir ibunya kepada orang-orang yang dicintainya.

"Dia memberitahu kami bahawa dia telah menulis buku dan kami berasa lega kerana dia mempunyai sesuatu untuk dilakukan sepanjang tempoh melawan penyakit yang dihidapinya.

"Buku ini membuatkan kami lebih memahami arwah ibu kami," katanya kepada The Star, sambil menambah bahawa dia dan Aris membaca pruf manuskrip ibunya itu.

Kedua-dua Azzedin dan Aris, 28, gembira kerana mereka berpeluang menghabiskan masa yang berharga dengan Azlena sebelum ibu mereka meninggal dunia.

Tags / Kata Kunci: Azlena Abdul Hamid

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan