'Toretto' Malaysia Beraksi Di Genting

Diterbitkan: Ahad, 14 Mei 2017 10:02 AM

AKSI berbahaya pemandu kereta Evo ketika 'berlumba' di Genting Highland.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tragedi kemalangan jalan raya yang melibatkan kecuaian pemandu sehingga mengorbankan nyawa pengguna lain sudah acapkali dilaporkan media.

Paling diingati, kes kemalangan tragis di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke) pada awal tahun lalu yang meragut nyawa tiga beranak akibat kecuaian pemandu lain yang memandu secara berbahaya tanpa memikirkan keselamatan pengguna lain.

Ternyata tragedi itu tidak menjadi iktibar untuk segelintir masyarakat di negara ini apabila masih ada pemandu yang berdegil dan mementingkan diri sendiri semata-mata mahu memuaskan nafsu sendiri.

Terbaharu, satu video menunjukkan aksi 'lumba haram' ala filem 'Fast dan Furios' melibatkan beberapa pemandu yang secara jelas dilihat membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Genting Highland, Pahang.

Rakaman lebih tiga minit tersebut yang dimuat naik di laman Facebook Evonation pada 11 jam lalu menunjukkan tindakan beberapa pemandu tidak bertanggungjawab itu memaksa pengguna lain terutamanya penunggang motosikal 'beralah' untuk memberi laluan kepada 'perlumbaan' tersebut.

Aksi bahaya tersebut dirakam oleh sebuah lagi kereta yang mengekori kereta jenis Mitsubishi Lancer Evolution IX (Evo) berwarna putih yang cuba mengejar kereta lain di hadapannya.

Lebih membimbangkan, pemandu tersebut dilihat beberapa kali membuat aksi 'drift' di beberapa selekoh maut di lebuh raya itu walaupun terdapat beberapa kenderaan lain.

Selain itu, 'pelumba' kereta tersebut turut menggunakan laluan kecemasan dan memotong secara berbahaya ketika berlumba antara satu sama lain.

Meskipun aksi tersebut berbahaya, rata-rata pengikut di laman Facebook itu memberikan pujian terhadap aksi bahaya pemandu-pemandu yang terlibat.

Seorang pengguna Facebook, Adrien Dunwoody berkata, kemahiran pemandu mengawal selekoh adalah cukup mengagumkan.

"Cantik dan kemahirannya di selekoh sungguh cemerlang. Saya suka menonton dia memandu kereta itu dan potensi yang dimiliknya," tulisnya.

Sementara seorang lagi pengguna, Matt Ng pula bertanya adakah kereta jenis Honda Civic berjaya mengalahkan pemandu Evo tersebut.

Setakat pukul 10 pagi tadi, rakaman itu sudah dikongsi sebanyak 972 kali dan menerima 828 'likes', 140 komen serta ditonton lebih 50,000 kali.

Tags / Kata Kunci: Lumba Haram

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan