Tiada Serangan 'Ransomware' Di Malaysia

Diterbitkan: Sabtu, 13 Mei 2017 2:43 PM

(Ubah saiz teks)

SEGAMAT: Kementerian Kesihatan menjangkakan hospital di Malaysia tidak akan mengalami serangan siber 'ransomware' yang kini melumpuhkan perkhidmatan kesihatan di England kerana negara ini masih belum mempunyai sistem pangkalan data seperti di negara itu.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata pihaknya juga dimaklumkan bahawa kerajaan sedang meningkatkan sistem kawalan khusus dalam berhadapan dengan ancaman keselamatan siber seumpama ini.

"Buat masa ini, serangan ransomware mungkin tidak akan memberi kesan yang besar kepada negara kita kerana kita masih belum ada sistem pangkalan data kesihatan bersepadu nasional, cuma secara asing sahaja. Di England, mereka mempunyai sistem ini dan jika kena (serangan siber), keseluruhan sistem pangkalan data di seluruh negara juga akan kena.

"Bagaimanapun, kita sememangnya ke arah mengintegrasikannya dan bila itu terjadi, ini adalah antara satu risiko. Ini kerana kalau kena di satu tempat, mungkin ia boleh merosakkan (sistem) di seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Sambutan Hari Malaria Sedunia peringkat kebangsaan di Dewan Putra, Felda Palong Timur di sini Sabtu.

Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri Buloh Kasap, Norshida Ibrahim, Pengarah Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan, Dr Chong Chee Kheong dan Pengarah Kesihatan Johor, Dr Rooshaimi Merican A Rahim Merican.

Subramanian yang juga Anggota Parlimen Segamat berkata, orang ramai termasuk doktor tidak perlu risau mengenai perkara ini kerana sistem pangkalan data masih belum diintegrasikan lagi.

"Setiap hospital di negara ini mempunyai sistem mereka sendiri. Kalau kena pun (serangan siber) mereka sahaja yang kena dan tidak melalui seluruh negara.

"Lagipun sistem kita (Kementerian Kesihatan) diuruskan oleh Unit Pemodenan dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) selain Kementerian Komunikasi dan Multimedia juga turut dipertanggungjawabkan untuk menjaga keselamatan siber di negara ini," katanya.

Hari ini akhbar melaporkan hospital dan pakar pembedahan di seluruh England terpaksa menolak pesakit dan membatalkan janji temu selepas serangan siber berkenaan melumpuhkan sebahagian sistem komputer perkhidmatan kesihatan kendalian negara itu. -Bernama

Tags / Kata Kunci: ransomware , Dr S.Subramaniam

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan