Sekolah Tahfiz Swasta Tidak Berdaftar Dengan Kementerian Pendidikan

Diterbitkan: Sabtu, 13 Mei 2017 6:05 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Kementerian Pendidikan tidak mempunyai kuasa untuk memantau sekolah tahfiz swasta di negara ini kerana ia tertakluk di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri masing-masing.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata ini termasuk memantau operasi sekolah tersebut, sukatan pelajaran mereka dan pengambilan tenanga pengajar.

Beliau berkata, kebanyakan sekolah tahfiz swasta dibuka sama ada oleh individu atau badan yang ditubuhkan untuk menyelia kesejahteraan umat Islam.

"Mereka tidak berdaftar dengan kementerian dan ada sebahagian daripada mereka tidak berdaftar dengan Majlis Agama Islam negeri masing-masing," kata Mahdzir kepada pemberita pada majlis perasmian Karnival Hari Guru 2017 di sini, Sabtu.

Mahdzir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai insiden terbaharu di mana seorang murid berusia 11 tahun didakwa dipukul dengan hos oleh seorang guru agama warga Indonesia di sebuah sekolah tahfiz di Batang Kali, Selangor.

Beliau berkata kementerian hanya mempunyai kuasa untuk memantau sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah agama kebangsaan dan sekolah mubaligh.

"Kita tidak boleh pergi ke sekolah tahfiz swasta dan memberitahu mereka cara untuk beroperasi kerana kementerian tidak membayar gaji tenaga pengajar dan kakitangan sokongan mereka," katanya.

Jelas beliau, kementerian hanya boleh membuat pertemuan dan memberikan nasihat kepada institusi berkenaan.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan