Kamera Pengintip Di Bilik Mandi Rosak 'Mood'

Diterbitkan: Sabtu, 13 Mei 2017 11:07 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Percutian melibatkan 31 pelajar universiti bertukar menjadi 'mimpi ngeri' apabila diri mereka dirakamkan secara rahsia di bilik mandi.

Kumpulan pelajar berkenaan, yang berusia sekitar 20-an, telah tinggal di sebuah homestay di Selayang pada 9 Mei dalam satu percutian yang sudah lama dinantikan.

Mereka terdiri daripada 23 wanita dan lapan lelaki.

Seorang pelajar yang hanya dikenali sebagai Wong terkejut apabila salah satu penyangkut di bilik mandi terjatuh selepas dia menyangkut tuala di situ.

Dia berasa tidak selesa apabila ternampak satu cip dan sesuatu yang menyerupai kanta kamera, lantas bertindak memberitahu rakan-rakannya.

Kesemua mereka kemudian cuba memeriksa bilik mandi lain dan terkejut apabila menemui peranti yang sama.

Bapa kepada salah seorang pelajar kemudian membuat laporan di Balai Polis Selayang, sebelum membawa perkara itu kepada Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong.

"Dia juga meminta bantuan juruteknik memeriksa peranti itu yang akhirnya dikenal pasti sebagai kamera pengintip," katanya.

Chong berkata siasatan polis sedang dijalankan, dan pengendali homestay dan seorang pekerja asing telah disoal siasat mengenai kejadian itu.

Beliau menambah ini adalah aduan ketujuh yang diterima melibatkan kamera pengintip sambil mengingatkan pemilik yang menjadikan kediaman mereka sebagai homestay memastikan lokasi mereka 'bersih' daripada peranti seperti itu.

"Ia mungkin telah dipasang oleh seseorang dengan niat tidak baik, jadi lebih baik berjaga-jaga sebelum terkena," katanya.

Tags / Kata Kunci: homestay , kamera pengintip

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan