Kes Adun Pujut: Guan Eng Mahu Bawa Ke Mahkamah

Diterbitkan: Sabtu, 13 Mei 2017 1:06 PM

Lim Guan Eng

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng melahirkan rasa terkejut dengan keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak melucutkan keanggotaan Anggota Dewan Undangan Negeri Pujut, Dr Ting Tiong Choon dari DAP pada Jumaat.

Beliau berkata tindakan itu berbau politik.

Katanya Mahkamah Pilihan Raya tahun lepas telah menolak petisyen pilihan raya bagi kerusi DUN Pujut yang difailkan oleh calon Barisan Nasional (BN) Datuk Hii King Chiong yang mendakwa Dr Ting mempunyai kewarganegaraan Australia setelah mendaftar sebagai pengundi di Australia.

Penolakan itu dibuat pada Oktober tahun lepas oleh Hakim Mahkamah Pilihan Raya, P. Ravinthran yang turut mengarahkan pempetisyen membayar kos RM80,000 kepada responden.

Guan Eng menambah mahkamah telah memutuskan bahawa ia merupakan pemilihan yang sah tetapi DUN Sarawak telah membelakangi keputusan mahkamah dengan mengemukakan usul untuk melucutkan jawatan Dr Ting.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata DAP akan membawa perkara itu ke mahkamah.

Beliau pada masa yang sama berkata beliau telah mengarahkan DAP Sarawak untuk bersiap sedia bagi menghadapi kemungkinan pilihan raya kecil diadakan di Pujut.

Sementara itu beliau berkata beliau menyokong kenyataan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali yang meminta tiga anggota exco kerajaan negeri Selangor dari PAS untuk melepaskan jawatan mereka setelah PAS membuat keputusan untuk memutuskan kerjasama politik dengan PKR. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Adun Pujut , Lim Guan Eng

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan