Khidmat 15 Tahun Layak Diserap Jawatan Tetap

Diterbitkan: Jumaat, 12 Mei 2017 10:29 PM

(Ubah saiz teks)

LABUAN: Penjawat awam bertaraf kontrak yang telah berkhidmat selama 15 tahun dan ke atas layak diserap ke jawatan tetap selepas 31 Disember tahun ini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata kelayakan mereka untuk diserap sebagai anggota tetap adalah sejajar dengan skim perkhidmatan awam.

"Tahun lepas, kerajaan membuat keputusan bahawa penjawat awam yang masih bertaraf kontrak, dilanjutkan perkhidmatan mereka hingga 31 Disember 2017 dan mereka yang telah berkhidmat selama 15 tahun, boleh diserap sebagai pegawai tetap," katanya selepas melakukan lawatan rasmi ke Jabatan Kastam dan Jabatan Laut Labuan di sini Jumaat.

Menurut beliau, menjelang akhir tahun ini, mungkin terdapat permintaan daripada jabatan dan agensi kerajaan berhubung isu petugas, khususnya staf yang kontrak mereka berakhir pada 31 Disember tahun ini dan kerajaan akan membuat keputusan tentang perkara itu.

Ali berkata jumlah penjawat awam bertaraf kontrak masih kecil serta terkawal dan setakat ini, tiada peningkatan dari segi jumlahnya, manakala jumlah penjawat awam kekal sebanyak 1.6 juta sejak lima tahun lepas.

Kata Ali, beliau tidak menerima sebarang permohonan daripada jabatan dan agensi kerajaan di pulau bebas cukai ini berhubung pengambilan staf baharu.

"Dengan jumlah staf yang ada sekarang, para pegawai kastam Labuan memaklumkan kepada saya bahawa mereka masih berupaya menjalankan tugas masing-masing dan menjalankan tugas penguatkuasaan... dan saya dimaklumkan bahawa semua jawatan telah diisi.

"Saya rasa pelik sedikit kerana apabila datang ke sini, tiada permintaan daripada jabatan dan agensi kerajaan...semua menunjukkan kecemerlangan dalam tugas mereka...jadi, saya ucapkan tahniah kepada penjawat awam di sini," kata beliau. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Ali Hamsa

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan