Makanan Malaysia Mula Popular Di Jakarta

Diterbitkan: Jumaat, 12 Mei 2017 11:22 AM

Laksa menjadi salah satu makanan yang cukup popular di Malaysia.

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Kepelbagaian makanan tradisional yang dimiliki Malaysia dilihat mampu menjadi daya tarikan pelancong Indonesia apabila sajian makanan pelbagai kaum di Malaysia semakin popular di restoran dan hotel-hotel di ibu negara ini.

Duta Besar Malaysia di Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, promosi makanan Malaysia di Indonesia itu akan menjadi satu nilai tambah baharu untuk para pelancong negara ini menikmati percutian mereka di Malaysia.

Katanya, strategi memperkenalkan Malaysia sebagai 'syurga makanan' adalah pendekatan baharu untuk mempertingkatkan industri pelancongan negara kerana selain dari berkunjung ke tempat-tempat menarik dan membeli-belah, pelancong ke Malaysia juga akan mahu menikmati masakan khas sesebuah negara.

"Makanan adalah produk yang boleh diangkat sebagai produk pelancongan bagi menarik pelancong dari Indonesia memandangkan rakyat negara ini adalah antara yang paling ramai mengunjungi Malaysia," katanya ketika merasmikan Promosi Makanan Malaysia di sebuah hotel di Depok, kira-kira 60km dari sini, malam Khamis.

Beliau berkata, syarikat pelancongan domestik dan antarabangsa juga digesa menyediakan tawaran pakej percutian menarik berkaitan produk makanan dalam usaha menarik pelancong dalam dan luar negara.

Sempena dengan promosi makanan Malaysia itu, Tourism Malaysia di Indonesia membawa beberapa chef dari Malaysia untuk menunjuk ajar masakan asli Malaysia kepada chef-chef hotel di Indonesia.

Pengarah Tourism Malaysia di Indonesia, Roslan Othman berkata, Indonesia adalah negara kedua tertinggi jumlah pelancong yang mengunjungi Malaysia dan pihaknya sedang berusaha mempelbagaikan produk pelancongan di peringkat negeri-negeri.

"Buat permulaan, kita menyediakan pakej-pakej pelancongan di negeri-negeri seperti makanan di negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perak dan kita akan perbanyakkan pakej ini dengan promosi makanan di seluruh negara," katanya.

Beliau berkata, kerjasama mempromosi makanan itu dikendalikan secara bersama antara hotel-hotel di Indonesia dan Malaysia untuk membawa chef untuk memberi menu dan resepi masakan Malaysia itu.

Sementara itu, Timbalan Datuk Bandar Jakarta , Pradi Supriata berkata, promosi makanan Malaysia itu adalah sesuatu yang dikagumi kerana tidak ramai rakyat di ibu kota itu mengenali makanan Malaysai sebelum ini.

Katanya, kerjasama antara chef Malaysia dengan chef Indonesia untuk bertukar ilmu masakan dan rahsia resepi adalah sesuatu yang luar biasa dan kerjasama itu harus diperluaskan di tahap latihan profesional.

"Kita ingin melihat sesuatu yang lebih jauh dari itu iaitu meminta industri perhotelan Malaysia menerima pelajar dari kota ini untuk membuat latihan industri supaya mereka dapat mengembangkan ilmu di peringkat bertaraf antarabangsa," katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: makanan Malaysia , syurga makanan , Jakarta

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan