FAMA Tiada Kuasa Kawal Harga Musang King

Diterbitkan: Jumaat, 12 Mei 2017 4:02 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) tidak mempunyai kuasa untuk mengawal dan menetapkan harga siling jualan bagi durian jenis Musang King.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ahmad Ishak berkata ini berikutan penetapan harga buah terbabit tidak termasuk dalam senarai harga barang kawalan terutama pada musim-musim tertentu.

Oleh demikian, FAMA hanya boleh menggunakan pendekatan mengikut peraturan Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan 2008 terhadap produk pertanian itu, katanya.

"Melalui peraturan ini, penjual perlu mempamerkan harga dan gred serta negara asal buah tersebut kepada pembeli bagi memudahkan mereka mengetahui ciri-ciri durian Musang King," katanya mengulas mengenai isu penjualan buah itu yang dikatakan terlalu tinggi hingga mencecah RM100 sekilogram.

Ahmad ditemui pemberita pada Program Promosi Lebihkan Makan Ulam-Ulaman sempena Festival Hari Guru Kebangsaan di Plaza Angsana di sini, Jumaat.

Ahmad berkata permintaan pasaran yang tinggi serta kekurangan pengeluaran pada luar musim merupakan antara faktor harga jualan itu meningkat.

"Durian ini mempunyai dua musim iaitu musim besar yang berbuah antara bulan Julai dan September manakala musim kecil pada hujung Disember hingga Mac.

"Pada waktu musim, harga jualan akan lebih murah kerana bekalan banyak dan apa yang berlaku sekarang disebabkan luar musim," katanya.

Ekoran itu, beliau menasihatkan pengguna agar tidak mudah tertipu dan mengetahui ciri-ciri durian berkenaan ketika membeli memandangkan terdapat sesetengah pihak akan mengambil kesempatan dengan menjual durian Musang King yang tidak asli kepada pembeli.

Mengenai kempen tersebut, Ahmad berkata ia bertujuan menggalakkan masyarakat mengambil ulam-ulaman sebagai diet makanan harian selain memberi peluang kepada petani tempatan untuk meningkatkan pendapatan masing-masing.

Menurutnya, setakat ini, sebanyak 202 jenis ulam-ulaman dari seluruh negara telah berjaya dikumpul untuk dijadikan sebagai produk utama jualan di pasar-pasar tani FAMA.

Jumlah tersebut, tambah beliau, dijangka meningkat kepada 1,001 jenis dalam tempoh tiga bulan lagi. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Musang King , FAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan