Lebih 100 Penduduk Terkandas

Diterbitkan: Jumaat, 12 Mei 2017 1:00 PM

Penduduk Taman Bercham Impian dikejutkan dengan kejadian banjir kilat pada pagi Jumaat.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Banjir kilat yang disebabkan hujan berterusan pada Khamis mengakibatkan penduduk di Taman Bercham Impian di sini terkandas sejak pukul 5 pagi pada Jumaat.

Ketua kampung, Lim Huey Shan berkata, kejadian banjir kilat itu disifatkan luar biasa biarpun sebelum ini penduduk masih berasa bimbang setiap kali hujan lebat berlaku.

"Kami menerima panggilan pada pukul 5 pagi mengenai keadaan sudah teruk. Penduduk berjaya menyelamatkan diri dan tiada kecederaan atau kematian berlaku. Namun, haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing banyak yang terkorban," katanya.

Sumber dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata kepada The Star, lebih 100 rumah terjejas dan 125 orang terkandas ekoran kejadian banjir kilat itu.

"Kami mengejarkan tiga pasukan perkhidmatan perawatan kecemasan perubatan ke kawasan terjejas. Kami telah memberitahu kepada penduduk untuk berlindung di kuil berdekatan sebagai pusat pemindahan sementara sehingga keadaan kembali reda," katanya.

Kawasan lain yang turut terjejas di Bercham ialah Kampung Tawas Tambahan, Kledang, Kampung Sri Kinta, Taman Bakti and Taman Desa.

Selain itu, lima sekolah di Tambun turut terjejas, namun JBPM memaklumkan bahawa keadaan terkawan dan air akan surut tidak lama lagi.

Tags / Kata Kunci: banjir kilat , Taman Bercham Impian

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan