Azmin Kecewa PAS Ceraikan PKR

Diterbitkan: Jumaat, 12 Mei 2017 5:29 PM

Azmin Ali.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Keputusan Majlis Syura Ulama PAS untuk menamatkan hubungan politik dengan PKR disifatkan sebagai tindakan yang membelakangkan kehendak rakyat, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau secara peribadi berasa kecewa dengan keputusan terbaru PAS itu.

"Saya secara peribadi dan mewakili parti telah berusaha sekian lama untuk pastikan muafakat politik ini terus dipertahankan demi rakyat dan negara," katanya ketika ditemui pemberita di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di sini Jumaat.

Majlis Syura Ulama PAS semalam sebulat suara mengambil keputusan untuk menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR secara serta-merta.

Setiausaha majlis itu, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh dilaporkan berkata keputusan itu dibuat susulan tindakan PKR melanggar beberapa syarat kerjasama politik antara kedua-dua parti yang terjalin sejak sekian lama.

Keputusan itu sememangnya dijangkakan selepas Muktamar PAS ke-63 bulan lepas meluluskan usul supaya kerjasama politik antara kedua-dua parti itu ditamatkan apabila PKR dilihat tidak menghormati PAS sebagai rakan sekutu mereka.

Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR berkata sejak 2008, kerajaan negeri Selangor yang terbentuk atas semangat dan prinsip tahaluf siyasi banyak mencapai kejayaan besar termasuk dalam perkembangan umat serta agama Islam di negeri ini.

Terdahulu, beliau mengadakan pertemuan dengan tiga anggota Exco Selangor daripada PAS iaitu Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib serta Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhy, bagi mendengar penjelasan mereka berhubung keputusan Majlis Syura Ulama PAS.

Menurutnya beliau akan menyampaikan penjelasan PAS kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi tindakan selanjutnya.

Kerajaan Selangor yang dipimpin Mohamed Azmin mempunyai komposisi exco yang sama bilangan iaitu masing-masing tiga orang daripada PKR, DAP dan PAS.

Iskandar memegang portfolio Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dr Ahmad Yunus menyandang portfolio Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi dan Inovasi sementara Zaidy menyandang portfolio Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Azmin Ali , PAS , PKR

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan