SPRM Mahu Pemimpin Umno Jadi Teladan Tolak Rasuah, Salahguna Kuasa

Diterbitkan: Khamis, 11 Mei 2017 9:55 AM

Raptai upacara menaikkan bendera Umno sempena sambutan ulang tahun ke-71 parti politik terbesar negara itu di Stadium Nasional Bukit Jalil yang akan berlangsung Khamis.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sempena sambutan ulang tahun ke-71 Umno, barisan kepimpinan parti politik terbesar negara itu diharap dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh integriti dan menolak rasuah serta salahguna kuasa.

Perkara itu disampaikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menganggap Umno adalah harapan masyarakat untuk memelihara kepentingan dan kesejahteraan mereka.

Sehubungan itu, suruhanjaya itu berharap keseluruhan ahli dan pemimpin Umno akan bersama SPRM dalam usaha untuk membersihkan Malaysia daripada anasir rasuah dan salahguna kuasa serta menjadi penggerak utama kepada hasrat SPRM untuk menjadikan "Rasuah Musuh Nombor 1 Negara".

"Sebagai sebuah parti politik yang menjadi teras dan tunjang kepada pemerintahan negara dengan jumlah kerusi yang terbanyak, pemimpin-pemimpinnya berperanan penting dalam merangka dasar pentadbiran negara bagi pembangunan dan kemajuan negara.

"SPRM berharap pemimpin-pemimpin ini akan mengambil serius tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka dan melaksanakannya sebaik mungkin supaya masyarakat dapat menikmati manfaat yang disediakan oleh kerajaan untuk mereka," kata suruhanjaya itu menerusi kenyataan yang dikeluarkan pagi Khamis.

SPRM turut mengucapkan tahniah kepada Umno kerana mencapai usia penubuhan ke-71 tahun yang disambut dengan meriah di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Khamis.

Menurut SPRM, pemimpin-pemimpin Umno juga perlu memberi penekanan terhadap aspek memerangi rasuah dan salahguna kuasa supaya dapat menjadi contoh yang baik kepada generasi yang akan memimpin negara ini pada masa akan datang.

"Selain itu, pemimpin-pemimpin ini juga memainkan peranan yang penting dalam membentuk sebuah masyarakat yang bukan sahaja sejahtera tetapi juga beretika dan tidak sesekali terlibat dengan gejala rasuah dan salahguna kuasa," katanya.

Sehubungan itu, SPRM berharap Umno dapat memberikan sokongan dan menjadi pendukung kuat kepada Gerakan Revolusi Anti-Rasuah (Gerah) yang dilancarkan oleh SPRM baru-baru ini.



Tags / Kata Kunci: SPRM , Umno

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan