Lagi Kes Pelajar Dipukul Guna Getah Paip

Diterbitkan: Rabu, 10 Mei 2017 1:10 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketika rakyat Malaysia masih bersedih dengan kematian seorang pelajar tahfiz yang dipercayai didera oleh pembantu warden di sekolahnya, muncul satu lagi kes hampir sama.

Datuk Azizul Rahman Mohd Zaman berkata, cucunya yang berusia 11 tahun juga telah dihukum dengan cara yang sama di mana seorang guru di sebuah sekolah agama di Batang Kali telah merotan tapak kakinya dengan getah paip kerana gagal menghafal ayat-ayat al-Quran.

"Dia tidak pernah mengadu sehinggalah kami bertanya kepadanya sama ada sekolahnya turut menghukum pelajar dengan cara yang sama, barulah dia mengaku.

"Dia beritahu saya bahawa dia menangis bila pertama kali dihukum, tetapi kemudian telah terbiasa dengannya," kata Azizul kepada The Star, sambil menambah pelajar lain tidak terkecuali menerima nasib sama.

Beliau yang sudah bersara itu memutuskan untuk menghentikan cucunya dari sekolah berkenaan Ahad lalu, selepas berjumpa dengan guru dan guru besar sekolah berkenaan.

Katanya, sementara kejadian ini diselesaikan, beliau mahu masyarakat tahu bahawa hukuman seperti itu masih lagi berlaku.

"Mereka mengaku melakukannya dan memberitahu saya ia adalah cara untuk mereka mendisiplinkan pelajar.

"Guru-guru yang bertindak sedemikian terhadap kanak-kanak yang belajar al-Quran adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Mereka akhirnya belajar dalam ketakutan dan bukannya berminat untuk mempelajarinya," katanya.

Bulan lalu, pelajar tahfiz berusia 11 tahun, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gadaffi, dari sebuah sekolah agama di Kota Tinggi, Johor meninggal dunia beberapa hari selepas dua kakinya dipotong kerana jangkitan, selepas dia didakwa didera oleh pembantu warden.

Pembantu warden itu, yang sebelum ini pernah dipenjara kerana mencuri, didakwa menggunakan getah paip untuk memukul pelajar sebagai satu bentuk hukuman.

Suspek dibebaskan dengan bon mahkamah RM20,000 awal bulan ini dan polis sedang menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mengenai kes di Batang Kali, Azizul berkata, beliau memilih untuk tidak membuat laporan polis kerana tidak mahu mempengaruhi ibu bapa lain.

"Terpulang kepada ibu bapa untuk melakukan apa yang perlu kerana saya tidak mahu memberi kesan kepada mereka yang tidak mempunyai pilihan selain menghantar anak-anak mereka ke sekolah ini khususnya," katanya.

Ketika dihubungi The Star, pengasas dan guru besar sekolah itu, yang hanya mahu dikenali sebagai 'Ustaz Fadhli' mengaku bahawa kejadian itu telah berlaku.

"Ya, ia berlaku pada bulan lepas. Tetapi selepas tahu mengenainya, saya segera menegur guru berkenaan dan dia tidak mengulanginya," katanya.

Beliau berkata, kanak-kanak itu dirotan kerana mereka mengambil masa terlalu lama untuk menghafal ayat-ayat Quran.

"Langkah terakhir ialah dengan cara merotan secara ringan sebagai tanda teguran," katanya.

Fadhli berkata, perbuatan itu jauh sekali daripada tindakan penderaan dan dilakukan semata-mata untuk tujuan disiplin.

Beliau berkata, amalan merotan di sekolah itu dilakukan sebagai 'peringatan kepada pelajar', selain untuk mendidik.

"Guru-guru tidak akan buat lebih daripada itu," katanya.

Berikutan kejadian itu, beliau telah bertemu semua ibu bapa pelajar sekolah itu dan perkara itu telah 'diselesaikan'.

Sekolah ini mempunyai 38 pelajar yang terdiri daripada mereka yang berusia 12 hingga 16 tahun.

Fadhli berkata, tidak ada sebarang aduan daripada pelajar bahawa ia 'terlalu menyakitkan' dan biasanya mereka akan menunjukkan kemajuan selepas menerima hukuman dan tidak akan dirotan lagi.

Bagi cucu Azizul, dia berkata, perkara ini telah diselesaikan dengan penjaga-penjaganya.

Tags / Kata Kunci: pelajar tahfiz , kes dera , rotan

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan