Pengikut Setia Hilang Kepercayaan Dengan JJPTR

Diterbitkan: Selasa, 9 Mei 2017 11:18 AM

Johnson Lee.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Beberapa pengikut setia kepada pengasas JJPTR, Johnson Lee telah hilang kepercayaan terhadapnya apabila ada yang menuntut semula modal pelaburan mereka.

Ketika Lee melancarkan skim itu pada Mei 2015, beliau dipercayai mempunyai kira-kira 10 pengikut setia untuk membantunya membawa masuk lebih ramai 'pelabur'.

Seorang ahli perniagaan, yang merupakan salah seorang daripada pengikut Lee berkata mereka bukan sahaja mempromosikan JJPTR tetapi juga melabur di dalamnya, kerana ia menjanjikan pulangan 20 peratus setiap bulan.

Skim itu, bagaimanapun, hanya mampu bertahan hampir dua tahun sebelum ia 'gulung tikar' bulan lepas.

Apabila Lee merancang untuk untuk melancarkan satu skim baharu, juga dikenali sebagai JJPTR, ​​beberapa orang kuatnya ini telah menolak untuk menyertai 'permainan wang' ini sekali lagi.

Tetapi, ada juga yang memilih untuk tunggu dan lihat.

Satu perkara yang pasti, tiada siapa yang akan 'percaya bulat-bulat' dengan skim ini seperti sebelum ini.

Ia mungkin disebabkan oleh amaran daripada pihak berkuasa baru-baru ini supaya skim itu dijauhkan atau Lee sendiri sudah tidak mempunyai 'daya tarikan ajaib' lagi.

Seorang ahli perniagaan berusia sekitar 50-an berkata beliau menyertai skim ini pada Julai 2015 iaitu dua bulan selepas pelancarannya.

"Kumpulan itu membantu saya dalam pelbagai cara, termasuk menubuhkan sebuah pasar mini. Pernah sekali, Johnson menunjukkan minat yang mendalam untuk melabur dalam filem, jadi saya pun bercakap dengan beberapa orang rakan dalam dunia seni.

"Filem itu adalah filem komedi Cina, dikeluarkan pada bulan Februari tetapi saya tidak tahu jika dia melabur atau tidak," katanya.

Wanita itu berkata Lee baru-baru ini telah berjanji bahawa pelaburannya akan menyaksikan pulangan dalam tempoh dua bulan jika beliau melabur dalam skim baharu.

"Saya tidak sanggup ambil risiko dengan wang saya sekarang kerana saya masih belum mendapat pulangan kira-kira RM300,000 dalam skim yang gagal sebelum ini.

"Saya tidak begitu berminat. Sebenarnya, saya telah hilang kepercayaan," katanya.

Wanita itu menyuarakan rasa kesal kerana tidak mendengar nasihat salah seorang ahli keluarga Lee.

"Dia menyuruh saya mengeluarkan semula wang saya pada akhir tahun lepas kerana skim ini menghadapi masalah. Saya tidak percayakannya," katanya.

Beberapa ahli, katanya, telah menyatakan bahawa mereka tidak akan hadir majlis makan malam syarikat pada 20 Mei ini walaupun mereka telah membeli tiket.

Setiap tiket makan malam untuk vegetarian berharga RM400.

Seorang lagi ahli lama, yang hanya mahu dikenali sebagai Ah Gooi, berkata Lee perlu mendapatkan kepercayaan mereka kembali sebelum melancarkan skim baharu.

"Johnson perlu pulangkan modal kami secepat mungkin. Tidak ada gunanya dia muncul dalam video untuk menjelaskan apa-apa kepada kami.

"Kami pernah percaya kepadanya tetapi dia mengkhianati kepercayaan kami.

"Saya telah meyakin kira-kira 200 ahli keluarga, rakan-rakan dan rakan di pejabat untuk menyertai JJPTR, mengatakan bahawa ia adalah pelan pelaburan yang baik. Sekarang, setiap kali saya melihat mereka, saya tidak tahu apa yang hendak dikatakan," katanya.

Tags / Kata Kunci: JJPTR , skim pelaburan , Johnson Lee

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan