Gangguan Air Di Hulu Selangor

Diterbitkan: Selasa, 9 Mei 2017 7:43 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Hulu Selangor akan mengalami gangguan bekalan air sementara pada 16 Mei ini berikutan kerja-kerja penyelenggaraan melibatkan pencucian kolam takungan imbangan Bukit Chandang dan Ulu Yam di Loji Rawatan Air Batang Kali.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor Amin Lin Abdullah berkata penyelenggaraan itu diadakan bagi mengekalkan kualiti bekalan air.

Beliau berkata gangguan bekalan itu, yang bermula dari 8 pagi hingga 11 malam, membabitkan Desa Alam Ria, Jalan Jati dan Balai Polis Batang Kali, Genting Malek Batang Kali, Genting Permai Batang Kali, Jalan Besar Batang Kali, Kampung Baru Batang Kali, Kampung Kuantan Batang Kali, Kampung Mengyorok Batang Kali, Kampung Sekolah Batang Kali, Kampung Sentosa Batang Kali, Kampung Sungai Masin Batang Kali, Kampung Tengah Batang Kali, Rantau Panjang Batang Kali, Taman Seri Cahaya Batang Kali.

Kawasan lain yang turut terjejas ialah Taman Desa Jaya Batang Kali, Taman Seri Batang Kali, Taman Wawasan Batang Kali, Berek Polis dan Klinik Kesihatan Ulu Yam Baru, Jalan Besar Ulu Yam Baru, Kampung Baru Cina Ulu Yam Baru, Kampung Gurney Ulu Yam, Kampung Pasir Ulu Yam Baru, Kampung Setia Ulu Yam Baru, Kampung Sungai Chik Ulu Yam Baru, Pekan Ulu Yam Baru, Perindustrian Perabot Ulu Yam Baru, Rumah Murah Ulu Yam Baru, Taman Arowana Ulu Yam Baru, Kampung Padang, Kampung Lekok, Kampung Tengah Ulu Yam Baru dan Taman Sri Liam Ulu Yam Baru.

Pengguna juga dinasihatkan supaya menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja bermula pada 16 Mei.

Untuk maklumat terkini, pengguna boleh merujuk di www.syabas.com.my dan aplikasi telefon pintar ''mySyabas''. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: gangguan air , Syabas

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan