Warga Emas Melebihi Orang Muda Selepas 2045

Diterbitkan: Isnin, 8 Mei 2017 3:40 PM

Gambar hiasan -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia berumur 60 tahun dan ke atas akan melebihi jumlah mereka yang berusia bawah 15 tahun selepas 2045.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datin Paduka Chew Mei Fun berkata menjelang 2045, jumlah mereka yang berusia 60 tahun dan ke atas akan menyamai jumlah anak muda, dengan setiap kumpulan mewakili 20 peratus daripada jumlah penduduk negara ini.

"Mulai masa itu, jumlah warga tua akan melebihi golongan muda," katanya ketika melancarkan buku ''Ageing Malaysia, Thailand, Indonesia and Cambodia Demographic Transition, Policy and Programmatic Response'' serta forum mengenainya di sini, Isnin.

Mei Fun berkata perkadaran golongan tua meningkat daripada 587,000 atau 5.4 peratus pada 1970 kepada 2.25 juta atau 8.0 peratus pada 2010, dan diunjurkan meningkat kepada 4.9 juta atau 15.3 peratus pada 2030 dan 9.6 juta atau 23.6 peratus pada 2050.

Katanya, penuaaan penduduk tidak semestinya merupakan suatu keburukan, tetapi adalah hasil daripada pembangunan struktur dan sistem kesihatan yang semakin baik, sekali gus mengurangkan kadar mortaliti dan meningkatkan kelanjutan usia.

Menurut beliau, kebanyakan orang dewasa yang sudah berumur terus tinggal di luar bandar, manakala anak mereka pula berhijrah ke bandar.

Dapatan daripada Kaji Selidik Penduduk dan Keluarga Malaysia 2014 menunjukkan 9.0 peratus daripada golongan tua hanya tinggal bersama pasangan masing-masing.

"Golongan lebih tua ini akan mengalami sindrom kesunyian dan keadaan begini perlu diberi perhatian khas kerana ia boleh menjejaskan kestabilan emosi, kesihatan dan ekonomi golongan tua," katanya.

Mei Fun berkata walaupun kerajaan memberi sokongan dan mempersiapkan perkara yang diperlukan golongan tua, tetapi setiap individu perlu memainkan peranan masing-masing sebagai persiapan menghadapi hari tua.

"Kita perlu mendidik generasai muda tentang sikap menghargai dan menghormati golongan tua sejak di rumah lagi dan memantapkannya di sekolah," kata beliau.

Mei Fun berkata orang ramai juga perlu diberi kefahaman tentang kepentingan rancangan persaraan demi keselamatan sosial memandangkan dapatan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja menunjukkan purata tabungan ahlinya yang berusia 54 tahun ialah RM214,923 dalam kalangan lelaki dan RM162,296 bagi wanita.

"Kami benar-benar ingin melihat golongan tua menjalani kehidupan mereka dengan gembira, bermaruah dan dihormati serta diterima keluarga dan masyarakat serta negara secara umumnya," kata beliau. -Bernama

Tags / Kata Kunci: warga emas , generasi muda , Chew Mei Fun

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan