Tiada Kompromi - TPM - Berita Semasa | mStar

Tiada Kompromi - TPM

Diterbitkan: Isnin, 8 Mei 2017 12:59 PM

Ahmad Zahid Hamidi.

(Ubah saiz teks)

CANBERRA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan berkompromi dengan badan penguatkuasa yang didapati melindungi aktiviti perjudian dan pelacuran.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata KDN akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membanteras jenayah rasuah membabitkan penguat kuasa terbabit.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad yang mendedahkan pihaknya mempunyai bukti terdapat penguat kuasa di negeri di selatan tanah air melindungi sindiket judi dan pelacuran dengan bayaran RM 1.2 juta sebulan.

Dzulkifli berkata bukti berbentuk dokumen itu ditemukan pihaknya ketika melakukan operasi di negeri terlibat baru-baru ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata KDN menyokong dan akan memberikan segala bantuan kepada SPRM dalam menghapuskan kegiatan berkenaan.

"Jika ini benar... PDRM (polis)  dan KDN akan pasti beri kerjasama dengan pihak SPRM dan menyokong tindakan-tindakan yang dilakukan pihak SPRM", kata Ahmad Zahid yang sedang dalam lawatan kerja di Australia ketika ditemui media Malaysia di sini Isnin. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: KDN , perjudian , pelacuran
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan