Sah Muhammad Wanndy Maut Serangan Di Syria

Diterbitkan: Isnin, 8 Mei 2017 10:01 PM

Muhammad Wanndy

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua militan Daesh Asia Tenggara Muhammad Wanndy Mohamed Jedi pada Isnin disahkan terbunuh dalam satu serangan di Raqqa, Syria pada 29 April lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan perkara itu di laman rasmi Twitter beliau sebentar tadi selepas membuat penelitian terhadap maklumat yang diperoleh.

"Selepas meneliti inteligen yang diperolehi, @PDRMsia sahkan bahawa Muhammad Wanndy telah terbunuh dalam satu serangan di Raqqa, Syria pada 29/4/17," kata Khalid.

Pada 29 April lepas, berita kematian Muhammad Wanndy tular di laman sosial selepas isterinya, Nor Mahmudah Ahmad, 28, memuat naik status dalam laman Facebook memaklumkan Wanndy meninggal dunia dalam satu serangan dron. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Daesh , Muhammad Wanndy , Syria

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan