Sikap Pemurah Punca Lambakan Pengemis Asing

Diterbitkan: Isnin, 8 Mei 2017 12:50 PM

Pengemis Jerman, Benjamin Holst kembali ke negara ini dan dikesan meminta wang daripada orang ramai di Kuala Lumpur pada awal April lalu.

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Lambakan pengemis khususnya warga asing di negara ini dipercayai berpunca daripada sikap pemurah rakyat yang mudah bersimpati dengan mereka.

Pengarah Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Roslan Baba berkata pengemis menggunakan pelbagai cara bagi meraih simpati termasuk keadaan kesihatan mereka serta kanak-kanak yang dibawa sehingga mereka mampu meraih kutipan sehingga RM100 dalam tempoh tiga jam.

"Ada pengemis yang menggunakan kaedah keagamaan dalam mengutip derma sehingga mengelirukan masyarakat. Sekiranya mereka golongan asnaf, kerajaan sudah mempunyai saluran untuk membantu mereka," katanya kepada pemberita selepas menyertai kempen membanteras pengemis di Pasar Borong Wakaf Che Yeh di sini, malam Ahad.

Roslan berkata pada musim perayaan, pengemis mampu meraih pendapatan sehingga ribuan ringgit disebabkan sikap pemurah rakyat negara ini.

Beliau berkata dianggarkan 95 peratus pengemis di Kelantan adalah warga asing yang terdiri daripada warga Thailand, Myanmar dan Kemboja.

"Kebanyakan mereka ini dipercayai menyewa rumah di sini dan sekiranya ditangkap mereka akan dihantar pulang ke negara asal namun mereka tidak serik untuk kembali ke sini kerana jarak yang dekat," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap masyarakat dapat bersama dalam kempen membanteras pengemis sebelum ia menjadi "wabak" dalam masyarakat negara ini. - BERNAMA 

Tags / Kata Kunci: pengemis

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan