Hubungan Dengan Kerajaan Negeri, Exco PAS Selangor 'Bersuara'

Diterbitkan: Isnin, 8 Mei 2017 8:53 PM

Datuk Iskandar Abdul Samad

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Exco kerajaan Selangor daripada PAS menegaskan bahawa mereka masih bersama pentadbiran negeri itu kerana ia adalah mandat yang diberi rakyat pada Pilihan Raya Umum 2013.

Exco Kanan PAS Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, langkah itu adalah demi memastikan kestabilan kerajaan Selangor susulan timbul banyak khabar angin mengenai kedudukan parti Islam berkenaan dalam pentadbiran pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata exco PAS juga akan menjalankan tugas seperti biasa dan memastikan semua program kerajaan negeri seperti Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) terlaksana dengan jayanya.

"Barisan exco PAS akan terus memainkan peranan aktif dan berkesan selari dengan komitmen yang telah diberikan untuk mendukung prinsip serta dasar kerajaan negeri sejak Mac 2008.

"Dengan itu, kami memberi sokongan kepada kerjasama serta persefahaman kepada kepimpinan sedia ada untuk memastikan rakyat Selangor dapat menikmati kestabilan dan pembelaan yang berterusan," katanya dalam kenyataan, di sini Isnin.

Kedudukan exco PAS dalam kerajaan Selangor menjadi topik hangat apabila muktamar ke-63 parti Islam itu April lepas meluluskan usul untuk memutuskan hubungan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang pernah menjadi sekutunya.

Bagaimanapun, keputusan itu hanya akan dimuktamadkan selepas Majlis Syura Ulama bermesyuarat mengenai tahaluf siyasi tersebut dalam masa terdekat.

Kerajaan Selangor dipimpin Mohamed Azmin, yang juga Timbalan Presiden PKR dengan komposisi tiga exco daripada PKR, tiga DAP dan tiga PAS.

Sebagai exco kanan, Iskandar memegang portfolio Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, manakala Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi bagi portfolio Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi dan Inovasi.

Selain itu, Zaidy Abdul Talib ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani. -Bernama

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan