Bekas Naib Presiden PKR Pilih Masuk MIC

Diterbitkan: Isnin, 8 Mei 2017 4:14 PM

N Gobalakrishnan

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Selepas 18 tahun meninggalkan MIC, bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) merangkap bekas Anggota Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan, hari ini kembali menyertai parti itu.

Pengumuman penyertaan Gobalakrishnan bersama MIC dibuat Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam, sewaktu berucap pada Majlis Pecah Tanah dan Meletakkan Batu Asas Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Taman Keladi, di sini, Isnin.

Subramaniam berkata, hasrat Gobalakrishnan menyertai semula MIC disuarakan dalam satu pertemuan beberapa minggu lalu, dan hari ini secara rasminya beliau kembali bersama MIC.

"Beliau (Gobalakrishnan) memaklumkan kepada saya beberapa minggu lalu dan minggu lepas dia hantar surat kepada saya, hari ini saya beri kelulusan kepada beliau menjadi anggota MIC.

"Beliau tidak meminta apa-apa jawatan sebaliknya hanya mahu menyumbang kepada masyarakat bersama MIC," katanya pada sidang media, di sini, Isnin.

Subramaniam berkata, beliau mengalu-alukan sesiapa juga yang berhasrat menyertai MIC dan bersama-sama bekerja bagi mengukuhkan lagi parti.

Sementara itu, Gobalakrishnan berkata, beliau menceburi politik sejak 1987 dan aktif dengan Pergerakan Pemuda MIC, sehinggalah keluar parti dan menyertai PKR pada 1999 akibat hilang keyakinan terhadap kepimpinan Barisan Nasional (BN) ketika itu.

"Ketika itu saya terikut-ikut dengan perjuangan yang dibawa (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dengan andaian bahawa selepas 12 tahun bersama MIC, saya boleh membawa sesuatu yang lebih baik untuk masyarakat India melalui perjuangan Anwar.

"Saya pegang banyak jawatan dalam PKR sehinggalah pada 2011, saya keluar PKR selepas menyedari perjuangan itu hanya untuk menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri, bukan membantu negara dan masyarakat India," katanya.

Beliau berkata, melihat negara di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak ketika ini, bagaimanapun mengubah persepsinya selepas banyak perubahan yang dibawa bagi membangunkan taraf hidup masyarakat India di negara ini.

"Saya gembira selepas enam tahun tidak menyertai mana-mana parti politik, saya diberi peluang untuk kembali menyertai MIC. Saya tidak berminat dengan jawatan, sebaliknya hanya mahu aktif berkhidmat untuk masyarakat," katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: MIC , N Gobalakrishnan , Dr S Subramaniam

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan