'Syok Lepak' Remaja Lelaki Jatuh Dari Tingkat Tiga

Diterbitkan: Ahad, 7 Mei 2017 8:10 PM

Gambar sekadar hiasan.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang remaja lelaki  patah tangan kiri selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah pusat beli-belah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Supritendan Abdul Rani Alias berkata dalam kejadian pukul 11.30 pagi Ahad, mangsa berusia 17 tahun itu dipercayai duduk di palang besi bersama sekumpulan rakannya di tingkat tiga premis tersebut.

"Pengawal keselamatan bertugas telah menegur kumpulan remaja terbabit dan mereka kemudiannya turun serta meninggalkan kawasan itu.

“Bagaimanapun, secara tiba-tiba seorang daripada remaja terbabit naik semula dan duduk di tempat berkenaan sebelum dia hilang imbangan dan terus terjatuh,” katanya dalam kenyataan.

Katanya remaja lelaki itu dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk menerima rawatan lanjut.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Lepak Atas Palang , Jatuh

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan