Anggota KD Perantau Gagal Ditemui

Diterbitkan: Ahad, 7 Mei 2017 7:21 PM

KD Perantau.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU:Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menamatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) anggota KD Perantau yang disyaki jatuh laut di perairan Bintulu, Sarawak berikutan ketiadaan tanda-tanda penemuan mangsa.

Menurut kenyataan TLDM di sini, operasi yang genap 21 hari sejak diaktifkan pada 17 April lepas ditamatkan pada 4.30 petang Ahad.

“Penamatan operasi ini diisytiharkan setelah mengambil kira pelbagai faktor termasuk ketiadaan tanda-tanda penemuan mangsa.

"Bagaimanapun TLDM akan meneruskan pencarian secara 'opportunity basis' oleh aset terlibat dengan rondaan Op Wira yang melalui kawasan tersebut dan tidak akan berputus asa selagi terdapat harapan kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, TLDM juga memohon kerjasama kapal, bot nelayan dan rakan maritim lain yang melalui kawasan itu untuk memerhatikan dan melaporkan sekiranya terdapat sebarang penemuan.

Anggota terbabit disedari hilang selepas tidak hadir ke perbarisan wajib rutin harian kira-kira 9 pagi pada 17 April lepas dan kali terakhir dilihat berada di bilik rehat kapal itu pada 7.15 pagi ketika dalam pelayaran pulang ke Pangkalan TLDM Lumut, Perak dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu di Teluk Sepanggar.-Bernama

Tags / Kata Kunci: TUDM , KD Perantau , Anggota Hilang

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan