Kedutaan Malaysia Di Holy See

Diterbitkan: Ahad, 7 Mei 2017 4:54 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kedutaan Malaysia akan dibuka di Holy See.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman akan merasmikan pembukaan kedutaan besar itu merupakan pencapaian penting yang akan mengeratkan dan mengangkat hubungan dua negara ke tahap lebih tinggi.

Dalam lawatan julung kali pada 8-10 Mei ini, Anifah juga dijadual akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya Most Reverend Paul Gallagher serta Setiausaha Negara merangkap Perdana Menteri Holy See Cardinal Pietro Parolin.

Mereka dijadual untuk membincangkan isu serantau dan kepentingan bersama yang mana Anifah akan menyampaikan pandangan dan pendirian Malaysia mengenai perkara yang memberi kesan terhadap masyarakat antarabangsa.

Lawatan itu turut memberi peluang kepada Malaysia untuk menjelaskan mengenai konsep kesederhanaan di bawah inisiatif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), yang bertujuan  menggalakkan toleransi dan persefahaman sesama kaum dan agama melalui penghayatan nilai kesederhanaan dan penolakan unsur ekstremisme .

Inisiatif GMM dirangka berdasarkan pengalaman Malaysia yang telah membangunkan infrastruktur politik, ekonomi dan sosial dalam suasana penuh keharmonian dan perpaduan pelbagai kaum dan agama, jelas satu kenyataan pada Ahad.

Hubungan diplomatik Malaysia dan Holy See terjalin secara rasmi susulan lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 27 Julai 2011, dan terus menyaksikan hubungan hala positif antara kedua-duanya sejak itu.

Tags / Kata Kunci: Kedutaan Malaysia , Holy See

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan