Tiga Rakan Maut Dalam Perjalanan Ambil Keputusan MUET

Diterbitkan: Sabtu, 6 Mei 2017 7:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Tiga rakan yang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) berhadapan Stesen Minyak Petron, Jalan Malim, Taman Cheng Bistari pagi tadi dalam perjalanan ke Kolej Matrikulasi di Masjid Tanah di sini, menurut bapa seorang daripada remaja itu.

Badrul Hisham Ismail, 52, berkata anaknya Mohd Aiman Hakim, 19, anak kedua daripada enam beradik keluar pada kira-kira 7.30 pagi untuk pergi ke kolej berkenaan bagi mengambil keputusan Malaysian University English Test (MUET).

Beliau berkata, anaknya itu merupakan pelajar dalam jurusan Sains Fizikal memaklumkan niatnya untuk mengambil keputusan ujian berkenaan kepada ibunya Anisah Ali, 49, malam Khamis.

"Dia (Mohd Aiman Hakim) kata nak pergi ke Matrikulasi Londang dengan kawannya... isteri bagitau malam tadi dia salam dan peluk... jarang dia buat macam tu. Dia juga bersalam dengan saya seperti biasa sebelum saya ke tempat kerja pagi tadi," kata pensyarah di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Perempuan Melayu di Durian Daun itu ketika ditemui di sini.

Dalam kejadian kira-kira 11.25 pagi Jumaat, Mohd Aiman Hakim,  Nik Muhammad Sajirin Nik Hazairi, 19 dan Mohamad Shawal Abdul Razak, 19,  maut di tempat kejadian selepas kereta dinaiki mereka terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh sebuah kereta dalam hujan lebat.

Badrul Hisham berkata, dia dan keluarga dimaklumkan tentang kemalangan menimpa anaknya itu oleh anggota polis yang datang ke rumah mereka di Bukit Baru kira-kira 12 tengah hari tadi, dan menurutnya walaupun sedih, mereka reda dengan pemergian anaknya itu.

Katanya, anaknya itu yang bekerja sementara sebagai jurujual separuh masa di sebuah pusat beli-belah di bandaraya sementara menunggu tawaran melanjutkan pelajaran, seorang anak yang baik dan sentiasa memaklumkan kepadanya jika hendak keluar.

Sementara itu, Marizon Wahab, 44, ibu kepada Mohamad Shawal, berkata dia berasa tidak 'sedap hati' selepas cubaan menghubungi anaknya itu beberapa kali gagal kira-kira pukul 2 petang, sebelum dimaklumkan mengenai kemalangan itu .

"Aiman datang ambil dia di rumah dan makcik pun ada pesan padanya supaya bawa kereta elok-elok sebab hujan.

"Dia (anak) kata nak keluar sekejap teman kawan ambil sijil," kata ibu tunggal itu yang tinggal di Bukit Baru di sini. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan