Jaga-Jaga Kit Siang, MCA Ada Calon Gelang Patah

Diterbitkan: Sabtu, 6 Mei 2017 9:03 PM

Liow Tiong Lai.

(Ubah saiz teks)

BENTONG: MCA sudah mengenal pasti anak tempatan untuk diketengahkan sebagai calon Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 bagi kerusi Parlimen Gelang Patah yang kini disandang penasihat DAP, Lim Kit Siang. 

Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, calon itu mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan dan disukai oleh penduduk di situ dan telah diarahkan untuk memulakan gerak kerja di peringkat akar umbi. 

"Kita sudah kenal pasti dan telah mula gerak kerja. Tapi kita akan serahkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk keputusan muktamad," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Latihan Kemahiran dan Keusahawanan Empower Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) Bentong-Sabai di sini, Sabtu. 

Tiong Lai yang juga Menteri Pengangkutan berkata demikian semasa diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bahawa Barisan Nasional (BN) Johor bersetuju untuk meletakkan calon MCA bertanding di kerusi itu.  

Pada PRU13 pada 2013, Kit Siang menewaskan bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Abdul Ghani Othman dengan majoriti 14,762 undi. - Bernama

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan