SKMM Tak Intip Kandungan WhatsApp

Diterbitkan: Jumaat, 5 Mei 2017 1:20 PM

Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hanyalah sebuah badan pengawal selia dan tidak memantau atau mengintip perkara yang dimuatkan pengguna WhatsApp dalam aplikasi itu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Mesej yang tular baru-baru ini mendakwa suruhanjaya berkenaan memantau kandungan dalam aplikasi itu adalah 'sama sekali palsu', katanya kepada media selepas merasmikan ''Biz World'' Festival dan Anugerah Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) 2017 di sini, Jumaat.

Salleh berkata selama ini kementerian berkenaan hanya memberi nasihat kepada masyarakat umum supaya tidak menyalahgunakan media sosial berikutan mereka terikat kepada undang-undang dan peraturan negara.

"Sungguhpun kita mempunyai kebebasan untuk bercakap dan menulis, namun kita tidak mempunyai kebebasan untuk memuatkan dakwaan atau khabar angin yang boleh mengancam kestabilan negara dan akhirnya memusnahkannya.

"SKMM hanyalah badan pengawal selia. Pihak berkuasa lain yang akan mengambil tindakan perlu terhadap sesiapa yang didapati memuatkan dakwaan dan berita tidak berasas dalam sosial media," katanya.

Mengenai rancangan Sarawak untuk menubuhkan agensi komunikasi dan multimedianya sendiri, Salleh berkata ia merupakan perkembangan positif bagi negeri ini untuk terus maju.

"Dengan adanya agensi khusus seperti itu, Sarawak boleh mempercepatkan proses menaik taraf sistem ICT di negeri ini.

"Di peringkat pusat, kami sedia memberi kerjasama penuh. Kami mungkin mewujudkan jawatankuasa antara kami dan negeri untuk membantu melancarkan apa yang telah dirancangkan oleh negeri," katanya.

Selain itu, beliau berkata peruntukan turut disediakan bagi pembinaan menara komunikasi untuk meningkatkan lagi kelajuan dan kadar penembusan.

"Kami akan bertemu Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg tengah hari ini untuk membincangkan lebih lanjut tentang perkara ini," katanya.

-Bernama
Tags / Kata Kunci: SKMM , WhatsApp , Salleh Keruak

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan