Shabery Dedah Pengalaman Bersama Hadi 30 Tahun Lalu

Diterbitkan: Jumaat, 5 Mei 2017 10:27 AM

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (kiri) bersama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Majlis Pelancaran Tukun Rig To Reef (R2R) dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di Marang Waterfront, Khamis. -fotoTHESTAR

(Ubah saiz teks)

MARANG: Setelah 30 tahun berlalu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mendedahkan rahsia pengalaman kali pertamanya menjadi ‘pelaut’ bersama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Saya dapat melihat bagaimana Tuan Guru (Abdul Hadi) pada waktu tersebut berbeza dengan Tuan Guru yang saya kenal apabila berada di laut. Beliau adalah nelayan tulen, beliau ke hujung ke belakang bot mengejar ikan.

“Beliau (dilihat) melupakan segala-galanya (ketika di laut) dan beliau tahu di mana ada ikan, mana tiada ikan. Saya memerhatikan dengan kekaguman tetapi sebentar sahaja saya masuk ke dalam kerana tak tahan mabuk,” katanya.

Beliau menceritakan semula pengalamannya itu ketika berucap pada Majlis Pelancaran Tukun Rig To Reef (R2R) dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di Marang Waterfront di sini.

Shabery berkata, Abdul Hadi juga berbeza apabila berada di laut malah hati pemimpin PAS itu dilihat sentiasa pada laut, pemikirannya juga pada laut bak kata penduduk di Rusila, Tuan Guru dengan laut tidak dapat dipisahkan.

Menurutnya, Abdul Hadi juga bukan melihat laut dan ikan adalah sekadar hobi semata.

“Tetapi saya bercakap pada kawan-kawan saya di Jabatan Perikanan banyak rahsia yang berkaitan dengan laut yang banyak telah diberitahu pada saya oleh pegawai-pegawai, ada banyak rahsia yang boleh dipelajari.

“Misalnya tentang apa itu pukat, apa musimnya, ikan apa yang baik pada waktu tertentu. Bagaimana kalau ingin menjala kalau airnya di paras lutut, airnya di paras pinggang dan tidak banyak orang boleh menjala kalau air di paras dada.

“Dan Tuan Guru berkata ada waktu tertentu perlu mengetahui bagaimana untuk melangkah air, melangkah ombak, melangkah arus, bagaimana ada waktu tidak boleh menggunakan kekuatan tangan tapi menggunakan kekuatan dada dan badan.

“Ahli sukan dia tahu bagaimana konsep ‘body coil’  untuk memberi ‘power’ kepada tebaran yang akan digunakan untuk tujuan jala jadi pada hari ini sedikit ingatan 30 tahun dulu akan dapat saya kembalikan.  Terima Kasih Tuan Guru kerana dapat bersama kita sekali lagi  pada hari ini,” katanya. -Sinar Harian

Tags / Kata Kunci: Hadi Awang , Shabery Cheek , pelaut

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan