Pembangkang Tidak Mampu Bertahan Lama - Najib

Diterbitkan: Jumaat, 5 Mei 2017 5:55 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan bahawa parti pembangkang di negara ini tidak mampu bertahan lama.

Menurutnya, beliau berkata demikian berikutan sejarah pakatan pembangkang tersebut.

"Sejak tahun 1986, pembangkang sudah membentuk sembilan pakatan seperti Barisan Alternatif yang ditubuhkan pada tahun 1998 tetapi dibubarkan pada tahun 2008, kemudian tertubuh pula Pakatan Rakyat (2008-2015) namun selepas beberapa tahun, dibubarkan.

"Lucunya, kini pembangkang didatangi parti kecil baru yang ingin menukar nama Pakatan Harapan, pakatan apa pula yang akan timbul nanti?" katanya di dalam blog miliknya, Jumaat seperti dilaporkan Sinar Harian.

Pakatan Harapan disertai oleh parti-parti pembangkang  seperti PKR, DAP, Amanah dan juga Bersatu dengan satu misi untuk merampas kerajaan daripada Umno/ BN.

Tambah Najib lagi, punca utama kejatuhan komponen pembangkang ini kerana tiada kestabilan politik di dalam pakatan itu sendiri.

"Konflik dalaman menyebabkan mereka tidak dapat menumpukan perhatian pada rakyat.

"Kerajaan yang diperintah mereka ini berpecah-belah dan boleh mengakibatkan ekonomi merudum.

"Kepimpinan yang tidak sehaluan mendorong Kabinet bertukar dengan kerap, kesannya, kelangsungan perkhidmatan asas yang disediakan kerajaan akan terhenti atau tergugat," katanya lagi.

Sementara itu, beliau menekankan kepentingan kestabilan politik dalam pembangunan sesebuah negara.

"Antara faktor yang menentukan kestabilan politik adalah kerjasama antara parti politik dalam gabungan parti yang memerintah," katanya.

Tags / Kata Kunci: Najib Razak

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan