'Naik Angin' Gerai Diserbu, Peniaga Bawa Lari Lori MBPP

Diterbitkan: Jumaat, 5 Mei 2017 9:53 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Dua lelaki telah bertindak membawa lari lori milik penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) gara-gara bengang gerai mereka diserbu.

Dalam kejadian di Jalan Tanjong Tokong pukul 8.50 malam Khamis itu, seorang lelaki telah memandu lori MBPP dalam keadaan marah, manakala seorang lagi rakannya merakam video mereka sambil mengeluarkan kata-kata kesat kepada MBPP.

Lelaki berkenaan turut mendakwa MBPP dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng rasis apabila hanya menyerbu dan menyita gerai yang dimiliki peniaga Melayu.

Dalam video tersebut yang tular di media sosial, dapat dilihat beberapa motosikal, dipercayai penguatkuasa MBPP sedang mengekori lori berkenaan.

Lori tersebut dipandu menuju ke Balai Polis Pulau Tikus. Sebaik tiba, mereka terus membuat laporan polis.

Difahamkan, salah seorang peniaga yang terlibat dalam kejadian itu adalah Mohammad Haziq Ammar Mohd Hussain, 27.

Dia kemudian memberitahu pemberita bahawa keputusan untuk bertindak sedemikian dibuat selepas anggota penguatkuasa MBPP menyita meja dan kerusi di gerai makannya tanpa memberikan sebarang notis.

Mohammad Haziq mendakwa ini adalah percubaan ketiga oleh pihak berkuasa berkenaan untuk menyerbu gerainya dan dia telah cuba memohon lesen daripada MBPP tetapi ditolak.

Tags / Kata Kunci: MBPP , Pulau Tikus , sita gerai

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan