Bank Rakyat Bayar Dividen 15 Peratus

Diterbitkan: Jumaat, 5 Mei 2017 12:33 PM

Bank Rakyat umum dividen tunai sebanyak 15 peratus untuk tahun 2016.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bank koperasi Islam terbesar di Malaysia, Bank Rakyat mengumumkan dividen tunai sebanyak 15 peratus, berjumlah RM450 juta, bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2016 berbanding 13 peratus pada 2015.

Bank tersebut mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM1.74 bilion berbanding RM2.01 bilion dicatatkan pada 2015.

Semasa mengumumkan keputusan kewangan bank itu, Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Shukry Mohd Salleh berkata, dividen itu diumumkan berdasarkan pengukuhan perolehan sebanyak RM6.66 bilion yang dicatatkan pada tahun lepas berbanding RM6.43 bilion yang diraih pada 2015.

"Meskipun dalam situasi yang mencabar, pendapatan bank telah meningkat , didorong oleh aktiviti pembiayaan dan perbendaharaan," katanya kepada pemberita pada Jumaat. - Bernama

Tags / Kata Kunci: divide , bank rakyat

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan