'Bom Mortar' Di Kuarters Kastam Untuk Tujuan Latihan

Diterbitkan: Jumaat, 5 Mei 2017 6:34 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sebuah objek yang kelihatan seperti bom mortar ditemui di Kompleks Kediaman Kastam DiRaja Malaysia, di sini sebenarnya digunakan untuk tujuan latihan.

"Mortar itu tidak aktif dan digunakan untuk tujuan latihan," kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din ketika dihubungi.

Beliau menambah, siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti bagaimana bahan latihan tersebut boleh berada di kuarters Kastam.

Pada pagi Jumaat, seorang penduduk di kompleks itu menemui objek biru di dalam bilik meter air.

Polis menghantar skuad bom ke kompleks Kelana Jaya untuk membuat pemeriksaan.

Satu arahan pemindahan dipercayai telah dikeluarkan sebagai langkah berjaga-jaga.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan