Adam Rosly Dah Lama Sabar Dengan Rafizi

Diterbitkan: Jumaat, 5 Mei 2017 6:01 PM

Rafizi Ramli.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Datuk Adam Rosly bertegas, beliau kini sudah hilang sabar dengan perilaku Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Adam dalam satu kenyataan berkata, beliau dan beberapa pemimpin parti telah lama bersabar dengan beliau bagi memelihara perpaduan dan reputasi PKR.

"Bagaimanapun, demi kepentingan parti dan orang ramai, saya tidak boleh berdiam diri lagi," katanya dalam satu kenyataan.

Oleh itu kata Adam, beliau kini tidak lagi boleh mendiamkan diri berhubung kutipan dana secara besar-besaran daripada orang ramai bagi pihak Rafizi (NGO Invoke dan NOW).

"Ini koleksi wang daripada orang awam secara berterusan.

"Satu perkara aneh apabila Rafizi telah gagal untuk mendedahkan butiran pengumpulan dana tersebut, walaupun beliau sering menyeru semua pihak, iaitu BN dan pembangkang, untuk mengisytiharkan aset mereka," katanya lagi.

Dalam usaha untuk mengekalkan keyakinan orang ramai terhadap PKR dan pembangkang, dan selaras dengan prinsip yang kerap beliau laungkan iaitu prinsip ketelusan, Adam menggesa Rafizi mendedahkan dalam masa 48 jam bermula hari ini berkaitan isu berkenaan.

"Iaitu jumlah wang yang telah dikumpulkan daripada orang ramai oleh NGO beliau Invoke dan NOW," katanya.

Dalam pada itu, tegas Adam, Rafizi juga perlu menyatakan bagaimana wang telah dibayar setakat ini.

"Dan menyatakan nama semua individu yang telah menerima dana yang dikumpul oleh Invoke.

"Sekiranya Rafizi  gagal mematuhi tuntutan ini , saya akan mengambil tindakan sewajarnya. Kerana kita perlu memelihara keyakinan orang ramai terhadap PKR dan Pakatan Harapan," katanya lagi. - SINAR HARIAN

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan