Umno, BN Sabah Masih Kukuh

Diterbitkan: Khamis, 4 Mei 2017 9:29 AM

Salleh Said Keruak.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Umno dan Barisan Nasional (BN) di Sabah tidak pernah berada dalam kedudukan lebih bersatu seperti sekarang, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata menyedari bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menjadi sasaran komplot, Umno BN Sabah telah mengukuhkan perpaduan dan berdiri teguh di belakang Ketua Menteri Musa Aman.

"Pihak pembangkang hanya angan-angan jika mereka fikir berlaku perebutan kuasa di Sabah, yang akan mengakibatkan pertukaran kerajaan negeri.

"Sabah telah membuktikan kesetiaan kepada parti dan kepimpinan parti dan akan terus berbuat demikian,"kata Salleh menerusi catatan dalam blog terbaharu beliau, malam Rabu.

Salleh yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah berkata dakwaan mengenai perpecahan dalam Umno atau BN Sabah telah berlarutan selama lebih sepuluh tahun dan terus timbul dari semasa ke semasa.

Beliau berkata sebenarnya dakwaan bahawa Sabah sepatutnya menjadi tulang belakang "16 September" apabila 10 daripada 30 anggota parlimen sepatutnya menyeberang ke parti pembangkang dikatakan dari Sabah, hanya dakwaan semata-mata.

"Akhirnya, tiada apa yang berlaku pada setiap masa. Tetapi itu tidak menghalang pihak pembangkang daripada membangkitkan semula dan mengkitar semula cerita itu. Dan mereka melakukannya setiap kali mereka menghadapi masalah dan perlu untuk mengalihkan perhatian rakyat kepada kedudukan pembangkang yang berada dalam keadaan kucar-kacir," kata Salleh. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Umno , BN , Sabah

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan