Tindakan Terhadap Pelaku, Penganjur Skim Kewangan Haram

Diterbitkan: Khamis, 4 Mei 2017 1:34 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) tidak akan teragak-agak untuk menguatkuasakan undang-undang terhadap pelaku dan penganjur skim kewangan haram dan berjanji bahawa pesalah akan berdepan dengan tindakan undang-undang yang tegas.

Ia termasuk undang-undang yang ditadbir oleh BNM, Kanun Keseksaan, Akta Skim Kepentingan 2016, Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993, serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Di bawah undang-undang itu, tindakan juga boleh diambil terhadap pelabur yang dengan sengaja menggalakkan dan menyertai skim haram tersebut, kata BNM dalam satu kenyataan pada Khamis.

Bagi tujuan ini, satu tindakan penguatkuasaan bersama terhadap mana-mana penipuan kewangan dan komplot akan dijalankan oleh inisiatif antara agensi yang diketuai oleh Jabatan Peguam Negara di bawah Jawatankuasa Penyelarasan Kebangsaan bagi Pencegahan Pengubahan Wang Haram.

Bank pusat juga memberi peringatan kepada orang ramai agar tidak menyertai skim yang menjanjikan pulangan, kadar faedah dan keuntungan tinggi yang tidak munasabah.

"Orang ramai perlu memastikan mereka tidak terpedaya dengan skim-skim ini dengan merujuk kepada Peringatan kepada Semua Pengguna Kewangan BNM yang menyenaraikan syarikat yang tidak diberi kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh bank pusat.

"Ia juga menyediakan maklumat mengenai ciri-ciri lazim skim kewangan haram," kata BNM.

Institusi kewangan dan penyedia perkhidmatan perniagaan wang telah diarahkan untuk meningkatkan pemantauan dan pengesanan mereka terhadap akaun pelanggan yang digunakan oleh pelaku penipuan kewangan.

Mereka juga minta untuk terus mengukuhkan dasar dan proses usaha wajar pelanggan mereka dalam mengenal pasti urus niaga dan aliran dana akaun bank yang mencurigakan agar dapat mengelakkan institusi kewangan daripada menjadi saluran yang membantu skim haram tersebut.  - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: BNM , skim wang haram

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan