Polis Tidak Cukup Keterangan Dakwa Pembantu Warden -KPN

Diterbitkan: Khamis, 4 Mei 2017 9:42 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pembantu warden madrasah tahfiz di Kota Tinggi yang direman bagi siasatan kes pukul pelajar berusia 11 tahun, dibebaskan dengan bon mahkamah pada Rabu kerana tiada keterangan yang mencukupi untuk mendakwanya mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata perkara itu diputuskan selepas berbincang dengan Jabatan Peguam Negara.

"Perkara ini bila kita bawa berbincang dengan Jabatan Peguam Negara mendapati tidak cukup keterangan untuk kita teruskan (dakwaan) di bawah Seksyen 302, sebab itu mahkmah membenarkan dia (suspek) dijamin bon mahkamah.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302,  tetapi sama ada pertuduhan boleh dibuat atau tidak  itu perkara kedua,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan Persidangan Pegawai-pegawai Aset Polis Diraja Malaysia (PRDM), Khamis.

Di Kota Tinggi, semalam, Hakim Mahkamah Sesyen, Salawati Djambari membenarkan permohonan polis untuk membebaskan suspek lelaki berusia 29 tahun itu dengan jaminan bon mengikut Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah sebanyak RM20,000.

Dalam pada itu, Khalid meminta ibu bapa dan guru untuk menyalurkan maklumat segera kepada polis jika mengesyaki anak-anak mereka terlibat dalam gengsterisme bagi mencegah aktiviti negatif itu daripada terus  menular di sekolah-sekolah.

"Kita tahu masalah ini wujud, kita mahu selesaikan ia dari bawah, kita kembali kepada keluarga dalam menangani masalah ini (gengster), jika ada ibu bapa mengesyaki ada anak-anak terlibat, datang jumpa kita (polis).

"Bukan kita nak tangkap dan rosak masa depan mereka, kita perlu buat sesuatu betulkan keadaan di peringkat awal sebelum mereka menjadi mangsa kumpulan haram ini," katanya.

Beliau berkata PDRM juga telah bekerjasama rapat dengan Kementerian Pendidikan serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk membendung masalah gengster di sekolah.

Khalid turut mengesahkan polis menahan tiga penuntut di Sungai Petani, Kedah kerana disyaki terlibat dalam aktiviti gengster pada Khamis.

Mengulas tentang penahanan dua lelaki warga Turki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti mengancam keselamatan negara ini , Khalid berkata mereka kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012.

"Saya tidak mahu komen mengenai apa yang mereka lakukan, yang pasti mereka mengancam keselamatan negara,” katanya yang enggan mengulas lanjut.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Pembantu Warden , KPN

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan