Jangan Dipengaruhi Desakan Luar - Sultan Ibrahim

Diterbitkan: Khamis, 4 Mei 2017 1:05 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri dinasihatkan supaya berhati-hati dalam soal membuat keputusan dan tidak boleh dipengaruhi desakan luar.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkata orang luar tidak tahu cara pentadbiran negeri Johor.

Baginda memberikan contoh cadangan di mana Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor 2014 dipinda kerana tekanan daripada pihak luar.

"Enakmen itu dibuat dengan betul mengikut acuan enakmen kerajaan Johor yang sudah diguna pakai sebelum ini dan sudah pun disembahkan oleh penasihat undang-undang kepada saya," titah Sultan Ibrahim ketika menyempurnakan Persidangan Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Ke-13, di Bangunan Sultan Ibrahim, di sini Khamis.

Teks titah baginda dibacakan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Menurut Sultan Ibrahim, kuasa Raja dalam enakmen negeri wujud sejak 1895 apabila Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor dimasyhurkan.

"Kuasa itu mesti dikekalkan bagi mengimbangi kuasa politik dengan kepentingan rakyat dan negeri Johor," titah baginda.

Baginda turut bertitah, dasar yang konsisten akan memberikan keyakinan kepada pelabur untuk jangka panjang, manakala dasar yang tidak konsisten pula akan hanya menakutkan pelaburan dan merugikan kerajaan.

"Sekiranya berlaku keadaan ekonomi kurang baik, kerajaan boleh memberikan insentif atau kelonggaran tanpa mengubah dasar sedia ada.

"Dengan cara ini, semua pihak akan selesa dalam membuat perancangan dan mempunyai keyakinan yang tinggi untuk melabur di negeri ini," titah baginda. 

Tags / Kata Kunci: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan