Ikan Paus Dijumpai Terdampar Di Pantai Siwak

Diterbitkan: Khamis, 4 Mei 2017 10:33 AM

(Ubah saiz teks)

MIRI: Seekor ikan paus sepanjang 10 meter dengan berat dianggarkan kira-kira 1.5 tan ditemui terdampar di tepi pantai dekat Kampung Siwak Bakam, 30 kilometer dari bandaraya itu.

Penduduk kampung dan beberapa anggota jabatan bomba dan penyelamat sedang berusaha untuk menarik semula ikan paus itu ke laut dalam.

Ketua Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kiong berkata pasukannya dimaklumkan mengenai penemuan mamalia itu kira-kira pukul 7.10 pagi Khamis.

"Ikan paus itu masih hidup. Pasukan kami sudah berada di sana.

"Mereka bersama-sama dengan penduduk kampung cuba untuk menarik semula ikan paus itu ke Laut China Selatan," katanya.

Tags / Kata Kunci: ikan paus , Kampung Siwak Bakam

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan