Tiada Lagi Penggunaan Nama 'Malacca' - Kerajaan Negeri

Diterbitkan: Rabu, 3 Mei 2017 3:10 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Kerajaan Negeri Melaka memaklumkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka telah memutuskan nama ‘Malacca’ yang lazim digunakan dalam Bahasa Inggeris tidak lagi diguna pakai sebaliknya digantikan dengan nama ‘Melaka’.

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Seri Naim Abu Bakar berkata sehubungan itu semua akhbar dan media sama ada Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris atau lain-lain bahasa hendaklah menggunakan nama ‘Melaka’ dalam penulisan atau sebutan pada setiap penerbitan mereka.

“Penyelarasan ini adalah bertujuan untuk menyeragamkan penggunaan nama ‘Melaka’ sama ada dalam bentuk penulisan atau sebutan dalam semua media khususnya yang berbahasa Inggeris,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata kerajaan negeri berharap penyelarasan penggunaan nama Melaka ini dihebahkan kepada semua pihak yang terlibat dan kerjasama pihak media dalam menyokong penggunaan nama Melaka amat disanjung tinggi dan dihargai oleh Kerajaan Negeri Melaka. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Melaka , Malacca

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan